Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Thursday, May 19, 2011

Monolog seorang wanita dan asam pedas

Sometimes I do not know what else is there to blog about.

Semalam pergi makan di UNITEN. Dah lama tak makan asam pedas Melaka kat sana. Aku dan Mun tengok gerai yang jual asam pedas tu dah ada papan tanda dan nama. Dulu cuma "Asam Pedas Melaka" sahaja. Lepas tu aku kata, "Wow, sedar tak kali terakhir kita datang sini adalah 2 tahun lepas?"

Kali pertama aku makan di UNITEN, kami baru selesai berkursus untuk membuka tadika. Masa tu kami  semua penuh harapan. Dapat makan asam pedas ikan patin kegemaran aku. Sedap gila. Rasa hidup akan bertambah baik lepas apa yang berlaku dalam hidup sebelum tu. Aku baru berhenti daripada kerja freelance subtitling dan review filem. It's a new life for all of us.

Kali kedua aku makan di UNITEN, kami baru pulang daripada ministry dan dapat tahu cita-cita kami tak akan jadi kenyataan. Masa tu kami dah putus harapan. Aku nak asam pedas ikan patin itu untuk mengubat hati tapi dah habis. Jadi aku beli asam pedas ikan bawal dan rasanya tidaklah sesedap mana. Rasa macam tak ada yang betul dari sudut career dan relationship. Rasa semuanya terbang.

Kali ketiga aku makan di UNITEN, kami baru pulang dari LimKokWing. Dari sebuah tadika, kami mulakan perniagaan dessert-based pula. Mak cik di situ kata mereka tak lagi jual asam pedas ikan patin. Jadi aku beli asam pedas ikan siakap. Rasanya tak sesedap patin tapi lebih lazat dari bawal. Waktu ini kami tidak lagi punya apa-apa harapan. Kami tidak berharap, kami tidak berputus harap. Aku kembali bekerja membuat sarikata dan ulasan filem. Aku bekerja tanpa perasaan, tanpa emosi, tanpa komitmen, tanpa keinginan yang lebih untuk apa-apa. Aku umpama robot in this one huge cycle of life. Optimus Prime juga lebih bernyawa daripada aku.

Hidup aku ni macam satu kitaran yang tak pernah berakhir kan?

"Eeeeeeeeevvvveeee..."

5 comments:

Anonymous said...

kau buat aku lapar.
ceh.

ﺇﺭﻣﺎﻳﻨﺘﻲ ﺇﺳﻤﺎﻋﻴﻞ said...

oh, anon tu aku.
cik salmah.
haha..

Sheeda Minhaj said...

kak, nak tnyer lah sikit if akak tahu, akak tahu tah mane2 store yang ade jual buku2 lama..contohnya cm buku khadijah hashim ke(badai semalam)..buku2 hamka ke,A.samad said...tak kisah lah area mana kalau akak ade tahu, :p

anak en lee said...

tetibe pon aku jadik lapar asam pedas!
huuuu...

shai said...

sheeda, karangkraf memang ada terbitkan semula novel2tu. try beli online la, atau carik kat kedai2 yg besar cam mph mid valley