What is with people and the word "Don't"?
The more you say it, the eager they are doing it. Like how I said, "Don't watch that SHINee's Lucifer video because it will stuck inside your head." and they did it anyway out of curiosity and now blame me for it. And I bet after I said this most of you will go look for that video clip on youtube, innit riiiiiight..........?
This is the second last excerpt I would be showing to people before I... err... start not... err... publish it in my blog.... (wow, verrry smooth, Syahida).
***
Kalau bukan kerana Soraya menyepaknya turun dari katil pagi itu (dan dia tidak berbohong), pasti dia tidak akan pegi kerja hari itu. Malam tadi dia bermimpi tentang Din, tentang hari-hari gembira mereka. Sekalipun mimpi itu agak tidak logik kerana seingat Mariyyah, dia tidak pernah pergi bermain roller coaster di Gunung Fuji bersama Din (dan dia tidak fikir ada roller coaster di Gunung Fuji), ia masih sebuah mimpi tentang saat-saat manis bersama Din.
Kerana itu dia tidak mahu bangun. Kalau boleh dia mahu tetap tinggal di dalam mimpi itu tanpa perlu ke mana-mana. Masakan Soraya tidak pernah terfkir begitu? Pasti setiap orang pernah mengimpikan untuk terus tetap berada di dalam mimpi mereka kerana ia lebih membahagiakan dari kehidupan yang sebenar. Tentu pernah dalam hidup seseorang itu ada rasa terkilan setiap kali mereka membukakan mata dan melihat mereka masih di dalam bilik mereka.
Masih ditinggalkan kekasih yang disangka akan menjadi teman seumur hidup.
Masih bersedih, kecewa, marah dan menantikan panggilan telefon memohon kemaafan yang masih belum didapati.
Masih perlu membuka mata dan pergi kerja.
Mariyyah benci menghadapi saat itu hampir setiap hari. Di awal perpisahannya, dia malah enggan tidur kerana dia hanya akan bermimpi tentang saat mereka berpisah. Hampir 6 bulan dia memaksa dirinya insomnia sekalipun berkali-kali Leen dan Soraya mengatakan insomnia bukan sesuatu yang boleh dipaksa. Apa yang patut dia lakukan hanyalah melupakan insiden tersebut.
Insiden? Ia satu tragedi!
Selepas mimpi yang indah malam tadi, dia enggan bangun. Dia mahu terus berada di dalamnya, “...macam Mrs Cobb dalam filem “Inception” tu.” katanya. Namun Soraya enggan menerimanya dan terus mengejutkannya berkali-kali.
“Mana ada orang tidur untuk selamanya? Itu mati namanya. Mrs Cobb pun akhirnya mati, kan?”
“Takmau.... ngun....” Mariyyah menutup kepalanya dengan bantal.
“Emai, baik kau bangun, ambil wudhu, solat Subuh, zikir banyak-banyak daripada kau berangan yang kau boleh hidup dalam mimpi kau. Bangun!” suara Soraya memecah keheningan Subuh. Di luar terdengar bunyi pintu terbuka, suara Wanie bertanya kepada Faizah tentang apa yang berlaku di dalam bilik mereka, dan suara serak mengantuk Faizah menyuruh dia membiarkannya saja.
“Hmmgh!!!” Mariyyah melawan.
“Emai, aku bagi kau amaran ni. Aku nak pergi mandi, lepas tu solat dan siap pergi kerja. Kalau kau tak bangun juga in the course of that time, aku akan tendang kau jatuh katil.”
“Hmm.”
“Aku serius, do.”
“Yada yada yada.” Balas Mariyyah dan menarik selimutnya.
Dia terdengar bunyi Soraya mendengus. Bunyi tapak kaki si gadis berjalan semakin jauh darinya. Bunyi suis lampu bilik air dihidupkan, pintunya dibuka dan ditutup kembali, dan tidak lama kemudian bunyi memberus gigi dan siraman pancutan. Kemudian dia tertidur kembali......
.......bila dia sedar, dia ada di atas lantai dengan belakangnya terasa sakit.
“Apa hal?” dia mengangkat muka, melihat Soraya yang sedang berdiri sambil berpeluk tubuh memandangnya.
“Aku kata aku akan tendang, kan?”
“Aku tak fikir kau serius.”
“Kau pilih, kau nak kena seksa selama 60 tahun di neraka sebab meninggalkan solat Subuh atau kena tendang dengan aku? Please be reminded 60 tahun di neraka sama dengan 60,000 tahun di dunia.”
Mariyyah mencebik. Dia tahu dia sepatutnya mempersoalkan kaedah Soraya yang agak melampau itu, tetapi dia tidak mampu hendak merasa marah tatkala itu. Tendangan Soraya seolah mengejutkan dia bukan sahaja dari tidur tetapi dari alam fantasinya yang tidak rasional.
6 haribulan Februari.
8 hari sebelum Hari Kekasih.
No comments:
Post a Comment