Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Saturday, August 27, 2011

My Raya List

1. Dua helai baju kurung baru
Kena tanya kat Mun (ibu tunggal sans anak or even a husband to begin with) dah siap ke belum

2. Sofa
Nak kene tunggu petang esok baru sampai.

3. Encik Acer repair
Encik technician kata lepas raya sebab delivery guy dah cuti raya. Demmit. Aku tak ada kad raya specialised sbb kau, encik penghantar. Thanks. Such a sport.

4. Kuih raya
Gua malas tahun ni. Tahun ni kuih raya semua buat sendiri dengan cara menuding jari dan membayar wang. Bukan wang aku.

5. Kasut raya
Seorang kuli dapur jarang sekali pergi berziarah ke rumah orang lain di hari raya. Kasut adalah tak penting.

6. Tudung raya
Ah, takde makna. Pakai je apa yang ada.

7. Duit raya
Karangkraf bagi sampul free so hell yeah, I got sampul raya yang exclusive sikit drpd sth you get from GIANT atau bank.

9. Novel
Baru siap separuh.

10. Semangat raya
I never had one anyway.

Wednesday, August 24, 2011

The thing about Ye De Di Qi Zhang

Ini adalah kisah lagu Jay Chou yang bertajuk "Twilight's Chapter 7".

Tak payahlah baca beria-ia sangat. Mukadimah je lebih. Ceritanya tak ada apa pun. Aku cuma nak cakap yang setelah bertahun-tahun menggunakan lagu ini sebagai ringtone, akhirnya aku tukar.

Ada dua saja fanclub yang aku pernah join selama aku hidup. Kelab Sahabat M.Nasir dan MyJaysians. Masa tu Jay Chou memang sangat popular, tapi dbukan di kalangan orang melayu. Dia belum jadi pelakon atau mengarah filem, atau berlakon filem Hollywood yang sangat tak best. Masa tu kalau sebut nama Jay Chou, kebanyakan member2 cam "Heh, siapa?". Kalau korang pi website MJS dan tengok senarai member dulu, cuma ada tiga member melayu masa tu. Aku member ketiga dan nombor keahlian aku ialah 91. Hahaha.

Tapi aku selalu dilanda masalah bila menggunakan ringtone lagu ni pada era di mana Jay Chou bukan household name. Contohnya, ada sekali tu aku lupa silent-kan fon masa tengah consult Dr. Ataul Huq, orang tua dari Bangladesh tu hampir sakit jantung bila tiba2 telefon aku berbunyik keluar lagu cina. Hahahaha. masa aku nak trade in phone untuk beli phone Nokia Alien aku, ahmui yang jual kat aku tu periksa telefon lama aku dan pandang aku dengan muka syak wasangka apabila ringtone pertama aku ialah lagu Twilight Chapter 7, lagu kedua ialah lagu Jolin Tsai "Bu La Ge Guang Chang" dan lagu ketiga aku ialah lagu "Ye Ye Pao De Cha". Ahmui tu pergi ke kaunter lagi satu dan berbisik-bisik dengan seorang lengchai/lalachai (bergantung pada pandangan korang. kalau korang suka fashion rambut oren senget2 tutup sebelah mata tu, mungkin dia lengchai. Pada aku yang rasa fesyen tu bodo, dia seorang lala). Dia duk bisik2 dan lepas tu tunjuk pada aku.

Tapi akhirnya dia jual jugak handphone alien tu dekat aku. Balik je rumah dan aku duk main2 phone tu, baru aku sedar ada gambar perempuan bertudung kat taman tema dalam one of the folders yang agak tersembunyi. Dari situ aku sedar, dalam dia pandang aku seolah2 aku telah mencuri telefon bimbit dari seorang peminat Jay Chou untuk ditrade-in, sebenarnya diorang yang jual aku telefon trade-in/curik.

Aku memang tak maafkan ahmui dan jantan lala tu sampai sekarang.

Ya, cerita ni tak ada kena-mengena dengan lagu ni pon. Tapi bselepas bertahun-tahun aku meninggalkan era obses Jay Chou (album terakhir yang aku beli ialah "November Chopin". Jay Chou fans would know which one is that), dan bila aku terbaca news tentang Jay Chou teringin nak jadi seorang bapa sebelum berumur 40 tahun (heh, 6 tahun lepas, masa aku baca artikel fasal dia, dia kata "before 35". Ni dah tambah lagi lima tahun? Dasar....), tiba-tiba aku teringat saat aku disangka pencuri tapi rupanya aku yang ditipu.



Monday, August 22, 2011

Encik Acer

Laptop ACER aku rosak.

Which means seluruh jadual kerja aku disrupted. 

Aku memang insan yang buat kerja dengan messy sebelum ni. Tapi sejak aku ambil banyak projek, aku hidup berjadual dan menyedari betapa annoying-nya bila sometimes kena deal dengan orang yang tak ada sistem. Ia juga bermakna kalau ada satu benda yang rosak, ia mengganggu pergerakan jadual kerja aku. Benda agak trivial sebenarnya, tapi aku still rasa annoyed.

Disebabkan aku cuma ada 2 free weeks daripada kerja translation, aku dah set the first week for scanning (which aku guna ACER sebab printer/scanner aku versi lama yang tak boleh di-read dek VAIO), while the second week - minggu raya - adalah untuk kerja menulis novel (which aku guna VAIO sebab keypad dia jarang2 dan skrin lebar, syok wooo kalau nak menulis novel, selain daripada main Left4Dead2.... takdela, mana ada aku main game tu. Aku kewanitaan, do). 

Ha? Apa? Jadual untuk cuti raya? Takde. Tahun ni aku raya sampai pukul 1 tengah hari di raya pertama je. Selebihnya aku kerja. Oh, sila ingatkan aku untuk guna free passes TGV aku sebab benda tu expire 31 Ogos. Aku tatau apa jela citer bodo kat wayang raya ni....

Oh, back kepada cerita yang aku je excited cerita tapi takda sape pedulik ni, aku baru nak buat kerja scanning bila tetibe aku mendapati ACER tak  menyala. Mengamuk kot. Aku cuma tinggal 5 buah album je lagi sebelum free from scanning work, tapi laptop plak buat perangai. Tak boleh nak guna VAIO untuk kerja scanning sebab VAIO tak support version printer yg dah buruk tu. Nak repair ACER alang kepalang pulak, memandangkan sebenarnya aku dah tak guna lagi laptop tu.

Lepas mengamuk selama 5 minit, aku putuskan untuk hantar repair jela. Kenapa? Sebab ada banyak document dalam ACER. Ada manuskrip asal AKN dan Plain Jane dalam tu, ada banyak gambar yang aku tak sempat nak pindahkan ke VAIO lagi, ada banyak lagu yang aku for sure tak akan carik semula. ACER was my life. I have 3 years worth of life inside the laptop. So I am repairing it just for the sake of those memories.

Tapi kalau kena reformat balik, aku trade in jela menatang tu untuk beli printer baru. Jadi kalau dia rasa dia tak nak di-trade in, lebih baik dia jangan buat perangai mengarut dan hanya mengalami masalah pin charge je seperti yang dikatakan oleh minah kedai repair tu. Kalau dia nak buat masalah dalaman yang makan lima enam ratus, memang aku tinggalkan je dia kat kedai tu.

Kau dengar tak, Encik Acer? Kau dengar tak ugutan aku ni?

Thursday, August 18, 2011

Regrets

Here is what some people don't seem to understand.

When writers write "Novel dah masuk cetakan kedua" or "Interview di majalah X" or "Watch me on TV ABC", it is NOT, let me emphasise it again, N-O-T some sort of show-off. As a writer, you are in constant need to promote your book. Every single thing you write on your blog or your facebook status is some sort of a promotion so people would read your book. Any excerpts written is to tell readers what is in store for them next year or the year after. Any scanned article about your book is to advertise your work to public. Every exaggerated statuses on Facebook is a form of duty to entertain readers and know them.

Somehow, some of my friends seemed to not understand that. I am Syahida, the person who used to be that girl who is just a so-so, who now is trying hard to seek popularity and crave attention with her words and her constant need to tell people how good her books are.

This blog, and my NSK facebook is more or less my medium to talk to readers and share with them things that they are used to when they read my book. It is NOT a place for you to throw your personal vendetta against me, or criticise my readers, or talk about things I consider private. You should not share where I live, my personal relationships, and most of all, be an asshole on my page.

I have to say this. I am sorry, but I hate it when people are rude to my readers. 

Monday, August 15, 2011

Teacher Shai: Naurah's first lesson about the real "Hantu"

video

Naurah got her first lesson from yours truly about ghosts. Real ones. Look, everybody can teach kids ABC and 123. But only "Auntie Shai" teach you the facts of life. Hahahahahaha.

Do not worry. As far as Naurah is concerned, she thought I was talking about real ghosts in my neighbourhood.

Sunday, August 14, 2011

Jerut, cerut dan carut

Aku moody apabila:

1. Jadual aku disrupted
2. Orang buat aku menunggu-nunggu
3. Kerja aku berlambak tapi orang asyik desak aku macam aku ada masa yang sangat banyak di dunia ni
4. Aku terpaksa menghubungi orang yang sepatutnya menghubungi aku *ini kepantangan nombor satu*
5. Mangkuk2 ayun nak buat lawak bangang kat Facebook aku apatah lagi masa aku tengah stress dan hanya nak luahkan kat FB
6. Laptop aku buat hal masa kerja aku stacking
7. Aku memudahkan kerja orang dengan menyusahkan diri aku, tapi in the end orang cuma makin menyusahkan hidup aku
8. Orang masuk campur hal peribadi aku
9. Orang masuk campur hal peribadi aku
10. Orang masuk campur hal peribadi aku

Minggu lepas hidup aku penuh dengan sepuluh perkara di atas. Minggu ni kalau ada lagi antara di atas berlaku, aku memang sacrifice-kan kenikmatan Ramadhan dengan mencarut di FB/email/telefon orang2 berkenaan.


Tuesday, August 9, 2011

Excerptravaganza

...................seperti seorang tukang masak yang meratah kambing yang telah dipanggangnya selama sejam.
                        Itu bukan analogi yang sopan.
                        Malah dia tidak dapat menyembunyikan wajah seorang wanita yang sudah jatuh cinta apabila Ting mula menanyakan siapa gerangannya yang telah memecah masuk ke dalam hatinya.
                        “Pecah masuk?” Wulan kerut dahi.
                        “Ya. Istilah ‘mencuri hati’ sangat tak sesuai untuk you, sebab kalau you tengok diri you dalam cermin sekarang, dengan blush kat pipi you tu dan your constant sighing, I rasa lebih sesuai dikatakan ada orang dah tendang pintu hati you, masuk ke dalam, bergusti dengan hati you dan masukkan dalam iron vault sebelum dibawa keluar menggunakan helikopter.”
                        Wulan ketawa.
                        “You ni banyak sangat tengok heist movies la, Ting.” Itu sahaja yang boleh dia katakan. Namun begitu, dia tetap tidak memberitahu Ting, insan yang paling rapat dengannya di pejabat itu tentang Neal. Tidak, sekalipun Ting mengugutnya. Dia tidak akan memberitahu sesiapa bahawa dia telah jatuh cinta kepada Neal. Itu perkara gila. Siapa mahu mengaku dia jatuh cinta dengan lelaki sedemikian? Itu sama saja seperti mengakui bahawa anda tidak tahu bahawa EPF dan KWSP adalah dua perkara yang sama. Maksudnya? Ia perkara bodoh.
                        Dua perkara yang tidak patut dilakukan oleh seorang wanita ialah makan selepas jam 10 malam, dan jatuh cinta dengan lelaki buaya.
                        Wulan melakukan kedua-duanya malam itu apabila dia menikmati burger Ramly sambil berbual di telefon dengan Neal.



Hehehehe.... wanna read more?

Dude, I wanna WRITE more. But can't right now. Too many things to do, so little time. And still have to wait for Zara Amani and Liza Nur. This is the trio project. At first I wanted to try writing a sad story or something much more melancholic... but nope. I should be as sarcastic, as sardonic and as facetiousness as possible before I hit the big three oh in two years time. Then you can meet the mellow me, eyh?

Friday, August 5, 2011

Gambar Hidup Aku

Kalau ditanya gambar mana yang aku paling suka dalam banyak2 gambar yang aku tangkap, aku paling suka gambar ini:


Gambar ini summarise kehidupan aku secara keseluruhan.

Monday, August 1, 2011

Souma Ghadin

Biasanya setiap Ramadhan aku mesti ada cerita tentang puasa2 yang lalu. Tapi tahun ni aku busy tahap ayam. Ayam tengah busy sekarang, diowan (diowan - short for "dia haiwan", sebab kalau nak guna "diorang", dah kene jadi manusia plak) tahu by the end of this month they will become rendang.

Spiking of rendang (yang mana aku mesti nak sebut jugak, merupakan makanan rasmi orang Minang), arini mak aku masak rendang. Best wooo. Pedas tahap berdarah hidung. Perut pun rasa macam nak berdarah dah.

Oh aaaaanyway...
Ramadhan or not, tahap kerja memang mencarut-worthy. Tadi si Shikin tanya kat aku berapa banyak dah page aku tulis untuk project trinovel. Aku kata empat page, pastu die gelakkan aku sebab aku yang kerja kat rumah ni tak siap2 kerja. Ha'ah la. Orang lain pergi kerja, balik rehat. Aku punya tempat rehat dah dijadikan opis, jadi mengikut pakar psikologi, aku dah mengalami simptom tidak-boleh-membezakan-masa-antara-kerja-dan-rehat. Hari ni je aku dah duk tibai dua muvi translation. Ni tengah intermission kejapla ni, tulis blog.

Tulah dia. Orang kata kalau duk kejar harta dunia, miskin harta akhirat. Aku ingat bulan puasa ni nak berhenti buat kerja banyak sangatlah. Asal ada je cukup. Itu impian aku. Masalahnya, impian aku dengan jumlah projek yang bos aku hantar mana sama. Bos aku sekarang macam dah tak anggap aku freelancer. Diorang dah melayan aku cam aku ni pekerja tetap diorang yang duduk rumah. Jadi mengambil CD jam 9 malam pada malam Sabtu tu adelah perkara yang dikira biasa. Takde makna Labor Act dalam kehidupan aku. Hahahaha.

Jadi aku memang tak ada cerita tentang bulan puasa. Tapi kalau difikirkan, suatu hari nanti bila cucu cicit aku tanya (kalau aku sempat bercucu cicit dan negara tak diserang tentera monyet) tentang kisah puasa aku pada tahun 2009 - 2011, aku akan katakan pada mereka, sumpah haku tak hengat amende.

Hmmm... aku memang tak hengat apa2 yang berlaku pada tahun 2009 - 2011. Aku cuma ingat satu je. Kes mahkamah. Aku rasa selain kes mahkamah, dunia aku bleak dan berlalu bagaikan dunia seorang pemabuk (Ramadhan2 ni menyamakan diri dengan pemabuk? Cis). Kalau suruh senaraikan baju raya aku pun aku tak ingat. Siapa nak hengat raya di mana diorang kene bagi duit raya instead of dapat duit raya? Aku paling ingat raya tahun 1998 je, sebab masa tu Paklong bagi duit raya RM50, and mak cik pun sama. So memang tahun tu aku rasa sangat kaya.

Apesal aku cerita fasal raya? Berbalik kepada Ramadhan.

Aku rasa aku tak akan tidor sepanjang Ramadhan. Alhamdulillah kalau korang sangka aku alim. Tapi sebenarnya kerja aku melambak - ni sume salah Astri Pelangi. Kalau tak, mesti aku dapat translate citer Arab macam tahun lepas. Bertambah jugakla amalan aku translate kisah para sahabat, kan? Bab ibadah tu, lebih baik itu antara aku dengan Dia. Ibadah juga macam hal bilik tidur. Tak perlulah cerita dengan orang. Hahahahaha.