...................seperti seorang tukang masak yang meratah kambing yang telah dipanggangnya selama sejam.
Itu bukan analogi yang sopan.
Malah dia tidak dapat menyembunyikan wajah seorang wanita yang sudah jatuh cinta apabila Ting mula menanyakan siapa gerangannya yang telah memecah masuk ke dalam hatinya.
“Pecah masuk?” Wulan kerut dahi.
“Ya. Istilah ‘mencuri hati’ sangat tak sesuai untuk you, sebab kalau you tengok diri you dalam cermin sekarang, dengan blush kat pipi you tu dan your constant sighing, I rasa lebih sesuai dikatakan ada orang dah tendang pintu hati you, masuk ke dalam, bergusti dengan hati you dan masukkan dalam iron vault sebelum dibawa keluar menggunakan helikopter.”
Wulan ketawa.
“You ni banyak sangat tengok heist movies la, Ting.” Itu sahaja yang boleh dia katakan. Namun begitu, dia tetap tidak memberitahu Ting, insan yang paling rapat dengannya di pejabat itu tentang Neal. Tidak, sekalipun Ting mengugutnya. Dia tidak akan memberitahu sesiapa bahawa dia telah jatuh cinta kepada Neal. Itu perkara gila. Siapa mahu mengaku dia jatuh cinta dengan lelaki sedemikian? Itu sama saja seperti mengakui bahawa anda tidak tahu bahawa EPF dan KWSP adalah dua perkara yang sama. Maksudnya? Ia perkara bodoh.
Dua perkara yang tidak patut dilakukan oleh seorang wanita ialah makan selepas jam 10 malam, dan jatuh cinta dengan lelaki buaya.
Wulan melakukan kedua-duanya malam itu apabila dia menikmati burger Ramly sambil berbual di telefon dengan Neal.
Hehehehe.... wanna read more?
Dude, I wanna WRITE more. But can't right now. Too many things to do, so little time. And still have to wait for Zara Amani and Liza Nur. This is the trio project. At first I wanted to try writing a sad story or something much more melancholic... but nope. I should be as sarcastic, as sardonic and as facetiousness as possible before I hit the big three oh in two years time. Then you can meet the mellow me, eyh?
7 comments:
is it possible to know all the books that you've written?
nak pergi suruh adik beli and pos ke sydney because im so sangap.
tulis lagi shai lagi lagi..bosan arrrrrrr..nak baca cerita ni...
-tak cukup merepek kat fb kau, merepek kat komenbox blog kau plak..hampun-
I wrote four already. Senarai dia siap dgn link ke publisher ada kat sidebar blah kanan ni.
wakakaka, sile sile la merepek di komenbox gue. memalam kengkadang aku bosan tahap kentaki
im thinking of asking my sister to find it and post it to sydney for me.
ehehe. gigih kan.
wehuu.
woi goribuki!! tulis la cerita kisah hidup aku...haha, aku tatau yg ko guna nama aku dalam novel velentino nervosa..rupanya ko menganjungi namaku..muwahaha!!!
Cik Pae, gokiburi oke... hahahahaa.
eh, mane ko tau aku cik pae?? (soalan bodo)..okay2 gokiburi ke whatever la (cover malu baik punye).. weh, aku actually dah 2 kali pegi bookstore sbb nak cr novel ko, last2 aku keluar dgn hampa pasal aku sesat dalam bookstore tu...banyak sangat buku aku pening laaaa..(serius, ni bukan excuse)
ahahaha, weyh, aku pinjam nama ko je tau. watak dalam tu mmg sgt sgt sgt berbeza dgn perwatakan ko lah. senang kata watak yg nama ko dlm novel aku mmg bertentangan dengan ko. akakakaka
Post a Comment