Pihak ITD............ indah betul perkataan yang dah lama aku tak sebut tu, walaupun dulu kalau aku ke ITD, biasanya untuk check friendster dan update blog secara free. Tak pernah guna MAC sebab tak ada Word dan benda-benda yang biasa aku gunakan. Aku membesar dengan Bill Gates, bukan Steve Jobs - sebab tu kematiannya tak ada meaning pada aku.
Aku memang nak pergi UIA dah lama. Dulu nak pergi untuk jumpa Rabiey sebab Rabiey lecturer Political Science. Aku tau aku tak pandai mengajar, tapi aku sentiasa jeles mendengar gelaran lecturer Political Science tu. Itu antara cita-cita aku sejak aku tingkatan tiga bila aku sedar aku sorang je dalam kelas yang faham dan interested tentang Sistem Parlimen masa belajar subjek Sejarah dulu.
Kesian Nad sebab kena dengar aku reminisce tentang semua tempat kat UIA tu. Aku reminisce fasal Fachry - setiap hari Selasa aku dan member aku akan makan kat meja near the river sebab member aku sangat minat dengan budak Indonesia tu, so aku akan makan menghadap sungai sementara dia makan menghadap sekumpulan student Indonesia sebab nak cuci mata tengok Fachry. Kalau orang baca PLAIN JANE, Fachry adalah Arman, tapi bukan AKU KAN NOVELIS. Fakri dalam AKN adalah Allahyarham Syukri yang meninggal masa accident dengan lori. Tapi kita tak perlu cerita tentang tu.
Lepas tu aku reminisce di Kafe Galeri. Sekarang namanya bukan Kafe Galeri lagi tapi masa aku kat UIA dulu, kafe tu namanya Galeri dan aku selalu makan kat situ kalau cuaca panas sangat sebab kafe tu ada aircond. Makanannya tak sedap dan mahal, tapi aku bayar je for the aircond. Kat kafe tu aku selalu lepak dengan Chaq, Chaque dan Leen dan berbual entah apa-apa. Kadang-kadang kitorang perhatikan lecturer dari South Asia duk membuli lecturers dari Afrika. BIasanya lecturers from Africa suka makan sensorang. Nanti sekumpulan lects Bangladesh, Afghanistan, Pakistan (kalau korang study Polsc kat UIA, korang akan faham siapa tiga orang ni) duduk makan sambil pandang dia dan gelak-gelak. Cis.
Aku reminisce tempat-tempat yang aku pergi, toilet tempat aku lepak untuk tidur sekejap sementara kelas yang bosan berjalan, area rehat wanita kat masjid tempat aku tidur sementara tunggu gap sejam antara kelas (kalau aku tak tidur kat masjid, aku baca buku kat library). Bangunan EDU tempat aku study bila kelas2 kat bangunan HS dah penuh. Dan of course, the food.
Masa aku kat UIA, aku umpama budak2 kat barat yang selalu kata "When I was in college, I was drunk most of the time." Aku rasa sepanjang aku kat UIA aku "mabuk". Arak aku adalah makanan kat UIA. JALAN-JALAN CARI MAKAN sepatutnya buat satu edisi khas pergi UIA dan rasa semua makanan kat UIA. Rasa ayam masak merah kat gerai Indian Food. Rasa lasagne kat gerai THE NILE. Rasa ikan keli dan sambal belacan Mak Cik Bebel, ABC gerai The Big Mug yang super-banyak yang kalau ko makan sensorang memang akan brain freeze, makanan goreng2 pada waktu malam lepas habis extra class. Semua tu baru kat kafe HS.
Itu belum lagi fish and chip kat ALADIN (tapi kedai tu dah tukar dengan kedai makanan Italy/Arab nama Mamma Mia), roti manis Babush (yang logo dia macam muka lecturer aku), ikan keli goreng minyak dan ayam kunyit Suka-suka Catering. Daymmmm. Weight aku memang skyrocketed masa duk UIA disebabkan makanan yang affordable dan sedap tahap dewa ni. Sekarang plak diorang take it up a notch. Ada new cafe yang eksklusif kat tempat yang dulunya adalah Bank Islam. Ada kedai kek yang jual kek yang daym gila delisyes rupa dia. Ada gerai jual makanan arab. Ada kedai jahit yang alter tudung. Ada butik. Ada kafe ala-ala kat Lim Kok Wing near CAC. Daymmmm. If there is one thing UIA is, it's HALAL FOOD HEAVEN.
Tapi sebenarnya aku memang sayang UIA. Aku lebih sayangkan UIA dari mana-mana institusi yang aku part of. UIA adalah tempat di mana aku belajar apa aku nak, bila saja aku nak dan tak ada siapa boleh paksa aku buat benda yang aku tak nak buat. Aku tidur dengan cukup, makan dengan puas, dan the whole library ada koleksi Stephen King yang banyak, buku-buku sejarah yang aku boleh baca to my heart's content dan pokok ceri di tepi sungai tempat aku lepak. Ada kelas archery tempat aku belajar memanah, ada foreign lecturers di mana aku belajar tentang diversity, tempat yang bagi aku ilham tentang the whole 7 jenis manusia yang anda akan jumpa di universiti dan aku dapat membuat assignment menulis 15 pages of paper tentang "The Violence towards Women in Congo". Aku kenal siapa diri aku, my potential, my ability and what I want to do with my life.
So yes, aku sangat attached dengan UIA. Dengan sungainya yang sehodoh Sungai Klang. Dengan bangunannya yang boleh buat aku sesat dan menyumpah arkitek yang membinanya. Dengan perasaan bangga dalam diri setiap kali jumpa jalan shortcut yang orang tak tahu, membuatkan aku rasa "Cool, I am Harry Potter and this is my Hogwarts". Dengan kepenatan kaki berjalan dari Mahallah Halimah ke bangunan Law yang sangat jauh semata-mata untuk belajar Intro to Law selama sejam je setiap Isnin, Rabu dan Jumaat. Dengan masa yang dihabiskan tengok drama Jepun atau Korea dengan member2 sebilik dan menjadikan Sesshomaru atau Sephiroth sebagai poster di bilik instead of gambar manusia betul.
Huh, aku jugak sangat jeles ada DVD anime dan drama Korea yang dijual di dalam UIA. Tapi dalam masa yang sama aku jugak kesian dengan bebudak UIA sekarang sebab diorang tak ada HIRO. Dulu kitorang ada HIRO - the underground section of bangunan S&M Kotaraya di mana semua yang anda mahu ada di situ. Ada semua drama Korea dan Jepun terbaru. Ada kostum Cosplay. Nak cincin LORD OF THE RINGS? Ada. Nak rantai METEOR GARDEN? Ada. Nak semua senjata dalam anime NARUTO atau semua kad dalam CARDCAPTOR SAKURA? Hell, they got EVVVERYTHING.
But the new batch will never know HIRO. For just that, UIA alum win!
The corridor in 2006 |
Komputer aku dulu. Windows 98. Obsession over PRIDE AND PREJUDICE |
9 comments:
sweet memories...:)
aku pun amat suka uia... kat situ aku belajar jadi diri aku dan mengenali diri aku...
rasa mcm kenal tiga lecturer poli tu... hehehe, tapi aku tak selalu masuk kafe mahal tu, takut tgk harganya.
bg aku kolej saffiyah paling best, dekat dgn gate dan kafe best. even Julia pun setuju. Aku walau bayar bas setiap sem, rasanya hanya beberapa kali aku naik bas, sebab dari saffiyah lagi senang jalan kaki. Alamak rindunya keadaan masa tu. Kalau lah boleh diundur masa...
haishhh terasa aku part kad Cardcaptor Sakura. kahkahkah
oh ye, aku suka curik food ko (sikit jeeee) time ko balik umah. heran kan, biskot seniri ada tapi sedap lagi biskot org. mungkin sebab nak singgah tgk Jay Chou aje bahahah
aku rindu zaman aku membakar kalori dgn hanya berjalan berbatu-batu.
haha...
part hogwarts aku sgt setuju. rasa bangga gila bila berjaya jumpa shortcut celah2 bangunan.
satu lagi, aku tatau it's out of ego atau respect, lelaki UIA tak ngorat pempuan secara murahan. hahaha
kalau dlm filem syukur 21, aku rs Raudhah tu adalah UIA.
the best time in my life....
aku rase fachry is still around...aku nampak dia beberapa kali sebelum aku pegi...hahaha.
oh and the 3 guys,they are still at it....trust me...kekadang kesian,kekadang nak tergelak...
rindu sgt kt uia..ak stuju uai mmg halal food heaven..rindu kelas archery jgk~tmpt ak kenal ko more thn just izza's fren..
1 more thg..ak pn jeles kt rb..ak nk jd cm rb, tp kt law la..eheheh
Cicaaaii, aku tag ko..sila buaaat hehehe
oh nad, aku baru perasan. tag apa? tak nampak ada tag pon?
Post a Comment