Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Sunday, December 25, 2011

Kritik, MCK, Plain Jane dan Rich Oil Tycoon

Adakah aku seorang penulis yang tidak kisah dikritik?

Wartawan pernah tanya aku soalan ni. Truth be told, tak ada siapa yang suka dikritik. Memang tak ada. Tak ada siapa nak dengar orang cakap benda yang negatif tentang diri dia. Aku pun macam tu. Alhamdulillah, setakat ni aku belum lagi pernah terima kritikan yang buat aku down. It's almost always the same thing - hero novel aku selalu keluar lambat atau novel aku start slow. (Yes, if you wrote a review, I almost always have read them). Truth be told, benda paling buat aku terharu ialah bila ada reader yang guna nama karakter novel aku di Facebook, atau create blog menggunakan tajuk novel aku atau menggunakan ayat dari novel aku sebagai quote di banner blog diorang atau "Favourite Quote" di FB atau hash-tag them on Twitter or even mention me in their blog entries. Aku mungkin jarang komen, tapi Tuhan saja yang tahu betapa terharunya aku when people do that and how thankful I am for the support <- ayat poyo.

Tapi senang kata macam ni. Aku terima kritikan yang negatif. Tapi bukan dari pembaca baru. Gaya penulisan semua penulis berbeza-beza dan ada pembaca yang lebih suka gaya penulis A lebih dari penulis B dan C. Jadi aku tak mudah nak ambil pusing kalau orang yang baru baca buku aku buat kali pertama kata "Tak best" sebab it means that they will never like the way I write. New readers have their own preference and if they compare you to other writers, it means that they like the other writers more. Apa yang aku ambil serius ialah kata-kata pembaca setia - mereka yang dah baca buku aku dari era SH sampai VN sampailah buku remaja yang aku tulis. Sebab mereka yang dah baca semua buku aku tahu cara penulisan aku dan tahu kalau aku punya penulisan semakin mature, semakin bosan atau semakin mengarut. Kalau mereka ini - yang dah baca semua buku aku sebelum ini - kata tulisan aku makin tak best, THAT I take note.

Bagi aku seorang penulis need to have a trademark. Trademark buku Khadijah Hashim is her signature warmth. Trademark Stephen King is the inner monologue. Trademark Sophie Kinsella is her irony. Why the need of a trademark? So that even when you write something without writing the byline or your pen name, or even put "anonymous", people still know that it is you. The more important part of being a writer is to have your personality written all over it. Not like, written all over it in layman's term. More like, bila orang baca buku kau, dia tau personaliti penulis tu macam mana. So if one doesn't like your book, it means that the reader and the writer has a personality clash. That is my science for the whole brouhaha.

Anyways, iklan sikit. Dah beli buku-buku MCK? The contest for the books end pada bulan Mei tahun depan jadi you have until that time untuk beli. Then we will come out with the next batch so silalah dapatkan the first five series sebelum kedai buku mula do that thing where they kinda not put the books in place. Contest dibuka utk sesiapa saja so go crazy!

This was taken masa Fiesta Buku Karangkraf awal bulan arituh. Kinda put on the teen writer's hat instead  masa ni.
Anyways, kalau ada antara korang yang baca buku-buku MCK dan ada tulis review tentang cerita dalam buku-buku tu, please don't hesitate to tell me about it or post your reviews kat sini atau dalam Facebook and tag me. It's always a pleasure to get feedbacks from the readers.

Oh, I also got soalan tentang Plain Jane. You can buy it online through Karangkraf Mall (same with the other books). Aku akan cuba untuk jual online tapi minta maaf banyak2 buat masa ni aku memang tak dapat. I tried. I tried selling it online sebelum ni but after two to three times, aku sedar aku memang tak mampu nak buat sebab banyak sangat tanggungjawab aku sekarang ni. Orang asik kata "Kalau kau tak jual buku sendiri, camna buku nak laku?" tapi seriously, kalau aku nak jual buku, aku kena let go satu daripada kerja freelance yang aku buat sekarang. But that is a sacrifice yang aku tak mampu nak buat - I would, if you can find me a rich oil tycoon to marry.

Thursday, December 22, 2011

Sudah beli ke belum, baru jumpa dah senyum, bagai bunga sekuntum,...

Kesibukan yang melanda telah menyebabkan aku sukar untuk menulis dengan lebih jitu. Dan hari ini aku hanya ingin bertanya kepadamu, adakah kamu sudah membeli semua buku MCK?


Por favor...
Akan ku tulis blog ini dengan lebih jitu apabila ku temui masa untuknya. Link di tepi itu pun belum ku update. Ish, Shai niiiii...

Friday, December 16, 2011

Photographs of 2011

Bila aku kata "Aku cuma nak pergi KK je", dan trip tu tak menjadi, and pastu aku kata "Nampaknya aku tak ke mana la tahun ni" sebab aku tak plan trip lain, janganlah percaya. Sebab:

12 Rabiul Awwal - Maulud Nabi. Pi Hospital Putrajaya sebab Nad bersalin. Budak Ipan Lipan was born.
Bulan lapan, Gi melawat Iza dan budak Izz Fuady yang suka makan tangan orang 
11 April - Majlis cukur jambul Ipan dan besdei budak Adam kat umah baru  family Nad

Mei 2011 - Sambutan harijadi beramai2 - Makkak, Makdik, Paklong, Maklong, Pakcik, etc
Bukak Booth GMO di MAHB on July 2011
Frinjan-ing tiga kali. Haih.... abang seruling, we still love you
Bukak first GMO booth kat Lim Kok Wing on June 2011

Lepas berbulan2, bukak booth GMO kat Y-Avenue on 2 December
Jun 11 - Nor Hazleen kawin. OTW ke Tanjung Karang
Gi Kalumpang on 14 December lepas tiga tahun berturut2 plan tak jadi
Interview dengan TV Selangor on August 2011. Masa ni tengah tunggu giliran sementara En. Ali ditemuramah

111111 to 111113 - wedding Nik kat Kota Bharu. Trip paling adventurous dengan kehilangan orang, penyeludupan dan macam2. Ahahaha
9 December 2011 - Ke Kelantan untuk kali kedua temankan Tim. Pi wedding. 

2 Oktober - cousins: Nana & Lily bertunang serentak
March 2011 - Bagi talk kat SM Convent Klang tentang penulisan kreatif
Meeting besar2an semua penulis Grup Buku Karangkraf. 
September 2011 - Besdei Naurah yang keempat tapi auntie2 nye yg over
November 2011 - Photoshoot untuk majalah Karangkraf. Tu bukan gaya utk majalah.Tu gaya untuk Ipad Dinie sementara photog settle camera
Oct 2011 - Promosi buku dengan Serunai Faqir kat Polytech MARA
Meeting readers at Pesta Buku Antarabangsa 2011 in April

Sambut my birthday at Nad's. Mun buatkan the first strawberry chocolate pie, Nad masak2, Tim drive us to the location n Dinie joins!
November 2011 - Gi SUngkai dengan family
Malam Amal Yayasan Nur Karangkraf Oktober 2011
Hahahaha, ini sebenarnya only 60% of semua aktiviti aku tahun ni.

Thursday, December 8, 2011

UIA, how I loved thee, let me count the ways...

Semalam aku temankan Nad pergi UIA. Nad buat sales dengan pihak ITD.

Pihak ITD............ indah betul perkataan yang dah lama aku tak sebut tu, walaupun dulu kalau aku ke ITD, biasanya untuk check friendster dan update blog secara free. Tak pernah guna MAC sebab tak ada Word dan benda-benda yang biasa aku gunakan. Aku membesar dengan Bill Gates, bukan Steve Jobs - sebab tu kematiannya tak ada meaning pada aku.

Aku memang nak pergi UIA dah lama. Dulu nak pergi untuk jumpa Rabiey sebab Rabiey lecturer Political Science. Aku tau aku tak pandai mengajar, tapi aku sentiasa jeles mendengar gelaran lecturer Political Science tu. Itu antara cita-cita aku sejak aku tingkatan tiga bila aku sedar aku sorang je dalam kelas yang faham dan interested tentang Sistem Parlimen masa belajar subjek Sejarah dulu.

 Kesian Nad sebab kena dengar aku reminisce tentang semua tempat kat UIA tu. Aku reminisce fasal Fachry - setiap hari Selasa aku dan member aku akan makan kat meja near the river sebab member aku sangat minat dengan budak Indonesia tu, so aku akan makan menghadap sungai sementara dia makan menghadap sekumpulan student Indonesia sebab nak cuci mata tengok Fachry. Kalau orang baca PLAIN JANE, Fachry adalah Arman, tapi bukan AKU KAN NOVELIS. Fakri dalam AKN adalah Allahyarham Syukri yang meninggal masa accident dengan lori. Tapi kita tak perlu cerita tentang tu.

Lepas tu aku reminisce di Kafe Galeri. Sekarang namanya bukan Kafe Galeri lagi tapi masa aku kat UIA dulu, kafe tu namanya Galeri dan aku selalu makan kat situ kalau cuaca panas sangat sebab kafe tu ada aircond. Makanannya tak sedap dan mahal, tapi aku bayar je for the aircond. Kat kafe tu aku selalu lepak dengan Chaq, Chaque dan Leen dan berbual entah apa-apa. Kadang-kadang kitorang perhatikan lecturer dari South Asia duk membuli lecturers dari Afrika. BIasanya lecturers from Africa suka makan sensorang. Nanti sekumpulan lects Bangladesh, Afghanistan, Pakistan (kalau korang study Polsc kat UIA, korang akan faham siapa tiga orang ni) duduk makan sambil pandang dia dan gelak-gelak. Cis.

Aku reminisce tempat-tempat yang aku pergi, toilet tempat aku lepak untuk tidur sekejap sementara kelas yang bosan berjalan, area rehat wanita kat masjid tempat aku tidur sementara tunggu gap sejam antara kelas (kalau aku tak tidur kat masjid, aku baca buku kat library). Bangunan EDU tempat aku study bila kelas2 kat bangunan HS dah penuh. Dan of course, the food.

Masa aku kat UIA, aku umpama budak2 kat barat yang selalu kata "When I was in college, I was drunk most of the time." Aku rasa sepanjang aku kat UIA aku "mabuk". Arak aku adalah makanan kat UIA. JALAN-JALAN CARI MAKAN sepatutnya buat satu edisi khas pergi UIA dan rasa semua makanan kat UIA. Rasa ayam masak merah kat gerai Indian Food. Rasa lasagne kat gerai THE NILE. Rasa ikan keli dan sambal belacan Mak Cik Bebel, ABC gerai The Big Mug yang super-banyak yang kalau ko makan sensorang memang akan brain freeze, makanan goreng2 pada waktu malam lepas habis extra class. Semua tu baru kat kafe HS.

Itu belum lagi fish and chip kat ALADIN (tapi kedai tu dah tukar dengan kedai makanan Italy/Arab nama Mamma Mia), roti manis Babush (yang logo dia macam muka lecturer aku), ikan keli goreng minyak dan ayam kunyit Suka-suka Catering. Daymmmm. Weight aku memang skyrocketed masa duk UIA disebabkan makanan yang affordable dan sedap tahap dewa ni. Sekarang plak diorang take it up a notch. Ada new cafe yang eksklusif kat tempat yang dulunya adalah Bank Islam. Ada kedai kek yang jual kek yang daym gila delisyes rupa dia. Ada gerai jual makanan arab. Ada kedai jahit yang alter tudung. Ada butik. Ada kafe ala-ala kat Lim Kok Wing near CAC. Daymmmm. If there is one thing UIA is, it's HALAL FOOD HEAVEN.

Tapi sebenarnya aku memang sayang UIA. Aku lebih sayangkan UIA dari mana-mana institusi yang aku part of. UIA adalah tempat di mana aku belajar apa aku nak, bila saja aku nak dan tak ada siapa boleh paksa aku buat benda yang aku tak nak buat. Aku tidur dengan cukup, makan dengan puas, dan the whole library ada koleksi Stephen King yang banyak, buku-buku sejarah yang aku boleh baca to my heart's content dan pokok ceri di tepi sungai tempat aku lepak. Ada kelas archery tempat aku belajar memanah, ada foreign lecturers di mana aku belajar tentang diversity, tempat yang bagi aku ilham tentang the whole 7 jenis manusia yang anda akan jumpa di universiti dan aku dapat membuat assignment menulis 15 pages of paper tentang "The Violence towards Women in Congo". Aku kenal siapa diri aku, my potential, my ability and what I want to do with my life.

So yes, aku sangat attached dengan UIA. Dengan sungainya yang sehodoh Sungai Klang. Dengan bangunannya yang boleh buat aku sesat dan menyumpah arkitek yang membinanya. Dengan perasaan bangga dalam diri setiap kali jumpa jalan shortcut yang orang tak tahu, membuatkan aku rasa "Cool, I am Harry Potter and this is my Hogwarts". Dengan kepenatan kaki berjalan dari Mahallah Halimah ke bangunan Law yang sangat jauh semata-mata untuk belajar Intro to Law selama sejam je setiap Isnin, Rabu dan Jumaat. Dengan masa yang dihabiskan tengok drama Jepun atau Korea dengan member2 sebilik dan menjadikan Sesshomaru atau Sephiroth sebagai poster di bilik instead of gambar manusia betul.

Huh, aku jugak sangat jeles ada DVD anime dan drama Korea yang dijual di dalam UIA. Tapi dalam masa yang sama aku jugak kesian dengan bebudak UIA sekarang sebab diorang tak ada HIRO. Dulu kitorang ada HIRO - the underground section of bangunan S&M Kotaraya di mana semua yang anda mahu ada di situ. Ada semua drama Korea dan Jepun terbaru. Ada kostum Cosplay. Nak cincin LORD OF THE RINGS? Ada. Nak rantai METEOR GARDEN? Ada. Nak semua senjata dalam anime NARUTO atau semua kad dalam CARDCAPTOR SAKURA? Hell, they got EVVVERYTHING.

But the new batch will never know HIRO. For just that, UIA alum win!

The corridor in 2006
Komputer aku dulu. Windows 98. Obsession over PRIDE AND PREJUDICE

To sum up : In 2002 - 2006 - Obsession over Dean Winchester and Jay Chou, kalendar KREKO gambar anime terkini. Monitor komputer yang kena  diketuk setipa kali bertukar warna, biskut cheese dan kordial jambu

Thursday, December 1, 2011

FIESTA BUKU KARANGKRAF


Akan berada di sini esok bersama Kak Hanisah Othman ("Jutawan Nasi Lemak"). Seperti yang tertera kat poster tu, diskaun buku sehingga 70%. Maka, kalau nak beli buku murah, silalah datang. We'll be promoting projek MCK there. Fiesta berlangsung tiga hari, tapi aku tak sure sama ada aku dapat pergi hari Sabtu dan Ahad (maklumla, jadual kerja mengalahkan Donald Trump, kayanya tak jugak).

Jumpa di sana!