Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Thursday, November 24, 2011

mari bergambar bersama Cik Shai

Wokeh, aku dah baik sikit dari sakit kepala dan ada masa sikit sebelum kena sambung buat kerja translation. Meh kita citer pasal photoshoot untuk Karangkraf arituh.

Apakah dan mengapakah photoshoot itu berlaku? Aku nak guna ayat klise "Nantikan...." itu tapi macam aku pun malas nak nantikan, apatah lagi orang lain, so mehla aku citer. Aku dihubungi oleh pihak editorial bahagian buku Karangkraf minggu lepas untuk datang buat photoshoot. Photoshoot ni kiranya untuk memudahkan kerja promosi projek MCK kitorang - untuk digunakan dalam sebarang interview bagi tujuan promosilah, senang kata. Itulah kebaikannya kalau GBK ni, sebab dah ada satu body of promotion sendiri untuk memudahkan kerja penulis. Kena datang pi photoshoot jela and kena interview.

Well, interview I can do. Apparently, photoshoot? Oyh, pernah tak tengok America's Next Top Model dan tengok contestant yang having a hard time following orders on set? Korang kata "Bodo btol. Itu pun tak faham." Tapi sebenarnya memang tak faham. Aku duk bawah sinaran lighting sambil mendengar arahan untuk angkat tangan, turunkan dagu, lentikkan badan, ke depankan kepala, bukan... bukan ke arah sana, arah situ, jangan tinggi sangat, bukan, rendahkan balik,................. bukan sebab aku bodoh tak tau amik gamba (kalau korang ada FB aku, korang tau sendiri la camna aku ni bila depan kamera), tapi sebab penerimaan arahan tu memang agak one way street (ko nampak tangan pemberi arahan ke arah kanan, tapi sebenarnya dia maksudkan kiri). Habis photoshoot aku bagitau Dinie "Huh, aku tak akan jadi model."

Oh, Dinie yang temankan aku sepanjang photoshoot. Disebabkan dia ada experience mengandam dan tahu bezakan mekap untuk event dan mekap untuk fotografi, aku terus call dia as soon as aku dapat tahu aku kena mekap (ya, sungguh naif seorang penulis yang nak pergi photoshoot tanpa mekap sewajarnya ini).

Aku tak ada gambar actual dari photographer (yang for sure nampak lebih jelas dan lebih dekat), cuma ada gambar yang Dinie amik sepanjang event, so inilah di antaranya:

Sedang di-interview. Dengan penuh kasual aku menjawab soalan sebab aku dah biasa menganggap orang di GBK sebagai kawan rather than reporter. Aku memang lupa profesion.

Gaya manja mengada level 100. Ini masa disuruh senyum nampak gigi dan lepas tu tunggu untuk gambar di-snap sampai smile bertukar jadi cringe. 

Berbanding senyuman gembira yang serius (haha, oxymoron!) dalam setiap photog snap, gaya tak semenggah dan tak serius ini dikeluarkan setiap kali nampak Dinie dan Galaxy Tab-nya.

Chanelling emosi datin muda di atas sofa Italia berharga RM14k. Baju tu sebenarnya aku beli untuk pergi wedding editor aku. Tapi lepas tu aku terlepas wedding tu. Jadi itulah kegunaannya. Hahaha.

Gambar di Karangkraf Mall. Ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Karangkraf Mall, apa punya penuliskah aku ini...

Gaya tak serius apabila sekali lagi nampak Dinie nak snap gamba
Anyway, di kesempatan ini aku memang nak berterima kasih kepada Puan Nurul Dinie Ahmad yang telah menemani aku sepanjang event ini, menyediakan solekan (bronze & orange, yo) menggunakan setnya sendiri (sebab aku manusia yang cuma ada compact powder, eyeliner dan lipgloss), juga menyediakan tudung untuk aku brighten wardrobe aku yang memang dull. Lepas tu sempat pulak kitorang pi makan lambchop kat SACC Mall di mana kitorang bertembung dengan Fahrin Ahmad, Noorkhiriah dan Fasha Sanda yang tengah shooting. Dengan solekan tebal yang masih bertepek di muka aku, aku cuba menjauhi mereka kerana takut orang sangka aku pelakon tambahan. Hahahaha.

3 comments:

Sashikala Mariesoosay said...

i was waiting for the story..:)) and its nice experience and the way u wrote it very funny...:)) take care

Shai Kamarudin said...

ahahaha thanks. yeah, nice experience and new knowledge - "If I was a contestant in ANTM, I will be the first to leave."

anak en lee said...

beb...
very the gedikzss!!!
huhuhuhuhu... ;p