Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Thursday, November 24, 2011

mari bergambar bersama Cik Shai

Wokeh, aku dah baik sikit dari sakit kepala dan ada masa sikit sebelum kena sambung buat kerja translation. Meh kita citer pasal photoshoot untuk Karangkraf arituh.

Apakah dan mengapakah photoshoot itu berlaku? Aku nak guna ayat klise "Nantikan...." itu tapi macam aku pun malas nak nantikan, apatah lagi orang lain, so mehla aku citer. Aku dihubungi oleh pihak editorial bahagian buku Karangkraf minggu lepas untuk datang buat photoshoot. Photoshoot ni kiranya untuk memudahkan kerja promosi projek MCK kitorang - untuk digunakan dalam sebarang interview bagi tujuan promosilah, senang kata. Itulah kebaikannya kalau GBK ni, sebab dah ada satu body of promotion sendiri untuk memudahkan kerja penulis. Kena datang pi photoshoot jela and kena interview.

Well, interview I can do. Apparently, photoshoot? Oyh, pernah tak tengok America's Next Top Model dan tengok contestant yang having a hard time following orders on set? Korang kata "Bodo btol. Itu pun tak faham." Tapi sebenarnya memang tak faham. Aku duk bawah sinaran lighting sambil mendengar arahan untuk angkat tangan, turunkan dagu, lentikkan badan, ke depankan kepala, bukan... bukan ke arah sana, arah situ, jangan tinggi sangat, bukan, rendahkan balik,................. bukan sebab aku bodoh tak tau amik gamba (kalau korang ada FB aku, korang tau sendiri la camna aku ni bila depan kamera), tapi sebab penerimaan arahan tu memang agak one way street (ko nampak tangan pemberi arahan ke arah kanan, tapi sebenarnya dia maksudkan kiri). Habis photoshoot aku bagitau Dinie "Huh, aku tak akan jadi model."

Oh, Dinie yang temankan aku sepanjang photoshoot. Disebabkan dia ada experience mengandam dan tahu bezakan mekap untuk event dan mekap untuk fotografi, aku terus call dia as soon as aku dapat tahu aku kena mekap (ya, sungguh naif seorang penulis yang nak pergi photoshoot tanpa mekap sewajarnya ini).

Aku tak ada gambar actual dari photographer (yang for sure nampak lebih jelas dan lebih dekat), cuma ada gambar yang Dinie amik sepanjang event, so inilah di antaranya:

Sedang di-interview. Dengan penuh kasual aku menjawab soalan sebab aku dah biasa menganggap orang di GBK sebagai kawan rather than reporter. Aku memang lupa profesion.

Gaya manja mengada level 100. Ini masa disuruh senyum nampak gigi dan lepas tu tunggu untuk gambar di-snap sampai smile bertukar jadi cringe. 

Berbanding senyuman gembira yang serius (haha, oxymoron!) dalam setiap photog snap, gaya tak semenggah dan tak serius ini dikeluarkan setiap kali nampak Dinie dan Galaxy Tab-nya.

Chanelling emosi datin muda di atas sofa Italia berharga RM14k. Baju tu sebenarnya aku beli untuk pergi wedding editor aku. Tapi lepas tu aku terlepas wedding tu. Jadi itulah kegunaannya. Hahaha.

Gambar di Karangkraf Mall. Ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Karangkraf Mall, apa punya penuliskah aku ini...

Gaya tak serius apabila sekali lagi nampak Dinie nak snap gamba
Anyway, di kesempatan ini aku memang nak berterima kasih kepada Puan Nurul Dinie Ahmad yang telah menemani aku sepanjang event ini, menyediakan solekan (bronze & orange, yo) menggunakan setnya sendiri (sebab aku manusia yang cuma ada compact powder, eyeliner dan lipgloss), juga menyediakan tudung untuk aku brighten wardrobe aku yang memang dull. Lepas tu sempat pulak kitorang pi makan lambchop kat SACC Mall di mana kitorang bertembung dengan Fahrin Ahmad, Noorkhiriah dan Fasha Sanda yang tengah shooting. Dengan solekan tebal yang masih bertepek di muka aku, aku cuba menjauhi mereka kerana takut orang sangka aku pelakon tambahan. Hahahaha.

Wednesday, November 23, 2011

The Karangkraf Photoshoot


I will explain this later. Sakit kepala. Nak tido jap.

Thursday, November 17, 2011

Ode to Ayam

dulu ayam itu berkokok
mengejutkan aku dari tidur yang panjang
kemudian dia berkokok lagi
dan baruku sedar pagi yang aku harapkan sebenarnya tengah malam
kali ketiga dia berkokok
aku menutup jendela dengan kebosanan
semalam di Kota Bharu
ayam berkokok lagi
dan baru aku sedar
dia patut disembelih agar kokokannya pudar terus dari pendengaran

monolog 3AM,
kota bharu, kelantan

Friday, November 4, 2011

Masa itu emas. Emas itu mahal. Kau tak ada kaitan dalam masa aku sebab kau bukan emas.

Kadang-kadang aku tak faham dengan orang yang sibuk mengajar orang lain cara uruskan masa. Sebab aku rasa di saat itu diorang sedang membazir masa. Contohnya, mengajar aku. Aku for sure tak akan peduli dan tak dengar. Jadi dari situ pun dah terbukti diorang sedang buang masa mengajar orang menguruskan masa.

Masa aku boleh diterjemah pelbagai. Untuk seorang penulis yang bekerja bebas sepenuh masa (bunyiknya ironik, tapi memang betul) yang bekerja dalam beberapa bidang penulisan berbeza di beberapa syarikat yang berbeza, pembahagian masa aku pun ada kepelbagaian jugak. Contohnya, masa seorang wartawan atau penulis berita sangat terhad. Anda tidak boleh melaporkan sesuatu yang berlaku hari ini pada bulan depan. Aku bukan wartawan tapi aku menulis berita. Tugas aku ialah mencari latest news dan compile untuk dimampatkan menjadi satu berita penuh supaya anda tidak perlu klik lima belas juta news untuk tahu sama ada G-Dragon guna marijuana atau tak. Deadline untuk menulis setiap berita ialah setiap hari. Jadi boleh kata setiap hari aku ada deadline.

Novelis pula adakalanya mempunyai deadline dan adakalanya tidak. Kalau ia satu projek khas, anda akan menulis berdasarkan deadline yang diberi. Ada masanya aku dibagi deadline sebulan. Masa tu memang makan tak kenyang, mandi tak basah. Ada masanya aku tak ada deadline langsung (aku suka bila tak ada deadline, sebab aku boleh menulis sesuka hati). Tapi ada masanya tiba-tiba benda yang tak ada deadline, ada deadline (macam bila tiba-tiba editor tanya "Ada novel tak? Hantar Disember. Keluar masa Pesta Buku bulan empat."). Masa tu memang macam "Fffffff...." Selain daripada seorang penulis berita, aku juga seorang novelis. Maka aku ada deadline unknown.

Seorang penterjemah audio-visual (atau juga dipanggil sebagai subtitlist... ada negara panggil subtitler, tapi aku lebih suka gelaran subtitlist dari subtitler. the "ist" buat aku rasa macam menterjemah rancangan televisyen itu satu seni) mempunyai tight deadline. Deadline paling lama untuk sebuah rancangan televisyen  ialah lima hari. Paling sekejap ialah, seperti yang adakalanya bos aku buat pada aku - "I hantar sekarang, siapkan before pukul lima." Tapi kebiasaannya deadline aku ialah dua hari. Ini sebab aku menaip dengan laju (aku novelis kan) dan mendengar dengan jelas (aku juga pakar dengar masalah orang di masa lapang, jadi telinga aku cekap menangkap), jadi bos selalu bagi aku tight deadline. Masa orang lain berehat-rehat, aku di depan laptop dengan headphone dan jari-jemari alien, cuba menyiapkan rancangan televisyen untuk ditonton oleh orang yang boleh faham bahasa inggeris atau bahasa Indonesia tapi masih malas nak dengar so still nak baca subtitle lepas tu banyak sangat komen dan kutukan terhadap cara terjemah macamlah diorang tu Profesor Ungku Aziz. Jadi deadline sebagai subtitlist aku adalah 5 jam ke lima hari. Tops.

Selain itu juga adakalanya aku ambil kerja-kerja rencam. Ini istilah aku untuk projek orang lain yang rasa-rasa kedekut nak bayar penterjemah Institut Terjemahan Negara sebab diorang charge mahal. Biasanya menterjemah website atau assignment (aku dah tak buat dah sekarang. Aku rasa anak bangsa menyalahgunakan duit PTPTN untuk suruh translator translate assignment diaorang dan lepas tu diaorang sendiri bodoh bahasa asing sampai ke tua). Sometimes aku translate pamplet atau kertas kerja orang lain. Benda tu semua biasanya ranging from deadline dua minggu ke dua bulan.

Adakalanya aku juga buat kerja menterjemah untuk DBP. Aku dah jarang ambil sekarang sebab aku ada low self-esteem terhadap grammar aku lepas satu projek untuk SMECorp. Jadi aku rasa aku nak kukuhkan dulu bahasa aku yang separa bangang ni sebelum aku ambil kerja yang boleh merosakkan bahasa kebangsaan aku sendiri.

Jadi, kalau nak cerita fasal deadline, deadline aku ialah lapan bulan, dua bulan, sebulan, dua minggu, dua hari, sehari dan lima jam. Sebab aku  buat kerja-kerja ini setiap hari malah sampai ke malam dan sampai ke Sabtu Ahad. Jadi aku tak suka nak jawab panggilan telefon atau kena keluar rumah untuk buat benda lain bila aku tengah peak season. Tapi manusia lain, yang bekerja 9-5, yang dapat gaji per month instead of per project, suka ambil mudah apa aku cakap dan suka nak bagi nasihat untuk aku uruskan masa. Suka nak kata "Alah, kerja kat rumah, ok. Apa yang susah sangat."

Ya, aku paling tak suka orang ajar aku cara membahagikan masa. Sebab kadang-kadang aku memang ada masa lapang. That sliver of time for me to just sit back and watch an episode of BOARDWALK EMPIRE or  jumpa kawan-kawan. Tapi itu masa lapang aku, bukan masa untuk aku pergi buat benda yang menambah kerja aku yang sedia ada. Kalau aku korbankan masa aku yang sedikit tu, aku akan end up jadi orang yang tak ada life langsung.

Jadi sekali lagi ada orang nak ajar aku cara membahagikan masa, aku akan tembak diorang dengan pistol old skool macam Jimmy Darmody.