"OH CHOI MIN-HO!"
by: Nurul Syahida
“Kaklong, kalau Yaya nak kaklong temankan dia pergi konsert, kaklong nak ikut?” tanya Haji Zahari.
“Itu bergantunglah. Konsert apa?” tanya Kaklong Nora.
“Konsert SHINee.” Jawab Yaya. Kemudian dia mengetap bibirnya, mengharapkan Kaklong Nora akan bersetuju.
Kaklong Nora buat muka dan kata lebih banyak kerja berfaedah lain dia boleh buat.
“Apa aku peduli dengan lima orang dingdong.” Ujarnya lagi, sengaja menambah minyak ke dalam api kemarahan Yaya.
SHAZRINA DAN SWEETIE...
by: Nurul Syahida
Ketika dia sedang mengikat itulah dia terdengar bunyi dari dalam bilik 46.
Bup... bup... bup... bup...
Kak O’on mengerut dahi. Dia tahu semua orang sudah ke musolla. Jadi bunyi apakah itu?
Bup... bup... bup... bup...
Dia bangun perlahan-lahan. Jantungnya berdegup kencang. Kalau diikutkan hati, dia mahu sahaja pergi dari situ tanpa memastikan bunyi apakah itu. Tetapi sebagai seorang AJK Keselamatan Asrama, dia juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan ia bukan sesuatu yang berbahaya atau seekor kucing yang akan mengotorkan katil dengan najisnya. Mana tahu kalau ia bunyi binatang yang menyelinap masuk ke dalam asrama, kan?
Bup... bup... bup...
AQILA BUKAN RATU DRAMA
by : Nurul Syahida
“Jerawat biasa? Mana ada istilah jerawat biasa! Ini jerawat, mak. Jerawat!” ujar Aqila lagi.
“Kalau Qi sebut perkataan jerawat banyak-banyak kali pun, bukannya jerawat tu boleh hilang.” Ujar emak sambil berpeluk tubuh.
“Qi tak nak kawan-kawan Qi nampak. Qi tak nak jadi macam Kak Ashfa.” Rungut Aqila.
“Kenapa dengan Kak Ashfa?”
“Kak Ashfa tu nak Abang Irfan tapi muka dia berjerawat batu. Kak Dina lagi cantik. Abang Irfan suka Kak Dina. Hema kata kena jadi macam Kak Dina dulu. Kalau ada jerawat nanti jadi Kak Ashfa.” Aqila membebel dengan panjang lebar.
Emak hanya mengeluh.
“Emak tak faham apa yang Qi cakap ni atau sinetron apa yang Qi tengok dan Qi ulang tayang kat emak sekarang ni. Mandi sekarang dan siap. Ayah tak boleh tunggu lama-lama. Lekas.” Emak mengarahkan.
***Kalau beli langganan the whole 5 series: RM90 (termasuk kos pos)
Kalau beli walk-in ke Karangkraf Mall the whole 5 series: RM75
Kalau beli satu siri : RM18
4 comments:
ok shai..
ini nampak macam best..
tapi aku yg dah melepasi usia remaja @ teenager ni, boleh kah gedik2 nak baca gak?
huhuhuhu...
ke aku kene bertukar jadik remaja balik? hahahaha...
takpe, hati aku masih remaja beb...ekekekek...
aku tahu hati kau masih rumaja... kalau boleh baca komik, mesti boleh baca ni. ahahaha.
Dearest Miss Syai,
novel dewasa terbaru takde ke? I'm a big fan of yours. Sejak Valentina tertunggu-tunggu I..:)
hmm buat masa ni belum ada lagi. mungkin pertengahan tahun depan kot. harapnye gtulah
Post a Comment