Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Friday, October 14, 2011

A Day in the life of Phibun

Aku tengah bersihkan skrin kamera bila Phibun balik ke rumah. Memikirkan yang aku jarang amik gamba mangkuk ni, aku pun snap la perjalanan dia dari start masuk umah, sampai ke tujuan sebenar kepulangan.

A DAY IN THE LIFE OF PHIBUN

Masuk rumah. Muka samseng ini menunjukkan sama ada dia lapar atau dia just nak chill.   Juga muka berjaga-jaga sebab Owen (kucing kakak aku merangkap adik dia sendiri merangkap seteru utama) ada kat umah.

Ekspresi muka: "Jangan cari gaduh dengan gua hari ni, bai. Gua takde mood." (memandang ke arah Owen)

"Pfft, like I care..."

Menuju ke arah tempat mak aku tengah duduk tengok TV. Sempat menjeling tajam ke arah Owen dengan muka ingin melakukan sesuatu tetapi terlalu letih nak carik gaduh.

"Merafak sembah" - yakni aktiviti yang akan dilakukan oleh Phibun di kaki mana-mana insan di rumah aku setiap kali balik ke rumah, adakalanya sambil menjeling Owen as if berkata "This is how you do it, son."

Masih menjeling Owen dengan keinginan untuk mencarik gaduh

Akhirnya membuat keputusan untuk mencuci badan dan delay pergaduhan di lain masa

Tidur di kaki orang, atau bahasa lainnya: "Mintak digaru sampai tertido"

2 comments:

Unknown said...

HAHAHAHAHA!!!!
Phibun ni cam stress jerk...
Agaknyer tino yg dia usha x layan tulah balik emo semcm jek...
MEOWW.....

Shai Kamarudin said...

ahahah takde maknanya. skrg bukan musim mengawan.