Ini cover-nya:
SEKOLAH BANYAK PENUNGGU 2.0 |
But that's not the cool part. The cool part is if if you put it next to SEKOLAH BANYAK PENUNGGU, it looks like this:
Awesome, innit? |
Tentang apa? Kalau dah baca, senang kata, it's what happened four years since the 'incident' that happened di Bilik 34 (ke 32? Aku sendiri tak ingat apa aku tulis. Haih). Kalau belum baca, well, it's a compilation of ghost stories, some made-up, and some did occur zaman aku sekolah menengah dulu. Dengan erti kata lainnya, kisah-kisah seram asrama.
Well, of course, since it's published under Teenprima (which is the Teen/Kids unit of Buku Prima), penulisannya ada sedikit berbeza dengan buku dewasa. Kurang English, dan lebih mesra remaja. Tapi kalau tanya apa uniknya dengan buku kedua ni, well... dalam buku kedua ada kisah yang berlaku pada aku sendiri masa zaman duk asrama dulu. I even use my own name, though ceritanya aku exaggerate sikit (kalau tak exaggerate, nanti korang macam baca nota kelas pulak...)
excerpt from the book. Click on it untuk besarkan |
The cover designer is still the same person, Nina (who did SBP dan AKU KELIRU), while kali ni editor bertukar dari Poja ke Nine (pronounced as Nee-ne, bukan Nain). Yes. It's true. My cover designer dan editor bernama Nina dan Nine.
Not sure whether akan ada buku ketiga atau tak. I really do want to make it my thing, you know... tulis feel good stories untuk buku dewasa, dan buat seram komedi for teens. But then again, I am not sure yet. Lepas ramai orang kata susah gila nak jumpa buku SEKOLAH BANYAK PENUNGGU kat kedai buku (toksah citer kedai lain la, MPH tak jual langsung), maybe I have to rethink my priority.
Anyway, buku baru ni akan keluar akhir Jun ini. AKHIR Jun... or probably July. Who knows. Tapi kalau susah nak jumpa kat kedai, boleh beli dengan ejen saya, Abang Long di talian 019-2254910 (just SMS him, he'll get right back to you. He's cool, no worries). Dulu ada website-nya, arrazi, tapi sejak akhir-akhir ni problem plak. So you can also visit him HERE instead.
Like always, setiap pembelian through Abang Long will get you ucapan penulis dan signature (if you want. I won't force you to get my signature. It doesn't worth anything in eBay anyway.. ahahaha).
---------------------------------------------------------
SINOPSIS "SBP 2.0":
Fadzilah sedang mencari jawapan kepada misteri yang telah berlaku kepada Pak Cik Baie ketika mengalami serangan jantung di Koperasi SMAX.
Oleh kerana itu, dia sanggup bekerja di SMAX yang terkenal sebagai sekolah banyak penunggu sementara menunggu keputusan SPM. Dalam pencariannya, dia bertemu Muhaimin dan Dinie yang mempunyai banyak kisah seram yang ingin diceritakan.
Apakah agaknya jawapan kepada pencarian Fadzilah itu? Semuanya akan terjawab dalam Sekolah Banyak Penunggu 2.0.
“Kenapa semua cikgu kat sini sensitif sangat pasal topik hantu?” ¤ Fadzilah
“Seram, kan? Kalau saya nampak, saya pun meracau agaknya.” ¤ Muhaimin
“Sebab ini cerita hantu yang ikhlas. Saya tak suka nak menambah-nambah cerita. Cukuplah pengalaman masa tingkatan satu dulu.” ¤ Dinie
2 comments:
I'm sure going to make this as wishlist later~~ :))
yay!!! (^o^)
Post a Comment