Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Thursday, August 1, 2013

A monologue

Bila orang lain buat benda pelik, semua sedara mara aku hairan. Tapi kalau aku buat benda pelik, dia orang kata, "Biasalah kakngah ko tu."

Adik aku suka kata, "Kakngah punya kawan pelik-pelik", while kawan-kawan aku kata, "Kau yang suka kawan dengan orang pelik-pelik."

Masa dekat sekolah, kalau aku cakap sesuatu, Ustazah Ann Surina akan kata, "Ada-ada jelah kamu ni, Syahida!"

While Ustaz Nasser di Matrics UIA pernah suruh aku duduk depan dia and told me, "You have a certain style, Syahida. You just don't know it."

Editor aku kat CO pernah ping aku kat MSN Messenger and kata, "Wow, you are more drama than me!"

While kawan-kawan baik aku, especially Mun dan Nad, percaya yang aku memang tak berapa nak 'normal' berbanding orang lain.

Mungkin itu yang menjadikan aku seorang novelis. Jangan salah faham. Bukan maksud aku orang normal tak boleh jadi novelis. Boleh. Maksud aku ialah, orang normal boleh jadi novelis dan benda lain. Orang pelik cuma sesuai jadi novelis.

Sebenarnya sampai sekarang aku tak tahu apa yang menjadikan aku 'pelik'. Mungkin sense of humour aku. Mungkin benda remeh pada orang lain yang aku ambik serius (like how I hate malt drinks and think it's just intentional for them to make it look like beer. What's the problem of designing a less ambiguous design rather than having the same font and shape like a beer?)... atau benda serius pada orang yang aku amik remeh (to tell you the truth, I still think Alvivi's recent action was just a joke-gone-wrong rather than a-slap-to-Muslim's-face).

Mungkin sebenarnya aku tak pelik. Mungkin aku cuma duduk di negara yang salah. Mungkin di UK, atau Uganda, atau Cuba, atau Australia, cara aku berfikir ini normal. 

Mungkin aku dikelilingi kawan-kawan yang sama anehnya sebab kami kekurangan orang yang berfikir dengan cara yang sama. Mungkin kami normal, dan orang lain yang pelik.

Jika ditanya apa yang pelik sangat, aku tak tahu apa nak jawab. Adakah cuba berinteraksi dengan kucing dengan cara duduk seperti kucing dan menghabiskan masa selama lima minit merenung mata kucing itu dikira pelik? Kalau itu pelik, ya aku pelik.

Adakah berfikir tentang keajaiban alam dengan cara membuat analisa tentang tahi keras dan tahi cair itu satu kepelikan? Jika itu pelik, ya aku pelik.

Adakah  keengganan membeli beg tangan yang nilainya lebih tinggi dari isi dompet itu dianggap pelik? Kalau ya, maka aku pelik.

Adakah memilih untuk menterjemah maksud "Forgive and Forget" secara harfiah, lalu memaafkan seseorang dan berpura-pura seperti insan tersebut tidak wujud lagi dikira satu kepelikan? Jika itu pelik, maka aku pelik.

Mungkin aku terlalu banyak berfikir. Mungkin tindakan berfikir lebih lanjut tentang isu ini menunjukkan aku tidak pelik. Mungkin orang akan salah sangka yang aku anggap 'pelik' itu satu pujian. Mungkin orang fikir aku cuma mahu distinguish diri aku sebagai insan yang berbeza dari orang lain. Mungkin aku perasan.

But I wish I was normal. I wish I get angry at Alvivi, or buys Prada without thinking, or just met any guy who wishes to meet me, or wake up every morning knowing what to do and sleep at night thinking I just did what I had to do today and I will do it again tomorrow, or buy a house when the price goes down, or drive a car, laugh when I feel like it, cry when I feel sad, listen to other people, write what others want, think about weddings and kids names, enjoy the moment, eat, pray, love.

But I can't. Semua harus ada makna dan tidak ada makna dalam masa yang sama.

Mungkin kerana itu mereka kata aku pelik. 

6 comments:

Unknown said...


Baca ni teringat quotes Frida Kahlo yg pasal "strange". Sy mengamalkan konsep "forgive n forget" tu. Ada org tak faham, dan rasa sy selfish. ==

Shai Kamarudin said...

tulah. semua orang in some way akan ada rasa macam diorang mungkin orang gila yg hidup dalam dunia gilanya yg rasional, n maybe somewhere out there, another lunatic-soulmate is waiting for them

apesal plak org lain nak kata selfish kan? isn't that the most effective way ever? You're forgiven, now get out of my life. ahahaha

Eryany said...

That is why you're a writer......

Shai Kamarudin said...

That's why I am not a best-seller writer. ahahahaha

Sashikala Mariesoosay said...

haha..can't imagine you sitting like cat and interacting with it...oh my syahida...! you are awesome lah..!

Shai Kamarudin said...

i think it's not awesomeness, just loneliness, but thanks! ahahaha