Mari aku bercerita tentang sesuatu yang berlaku di PWTC.
Takyah serius sangat, cerita takdelah macam membuka minda dan mengubah persepsi dunia ke ape ke. Just cerita aku.
Aku seorang novelis. Dan itu bermakna, apabila buku aku keluar pada sekian2 tahun, aku akan menghadiri Pesta Buku Antarabangsa untuk sesi tandatangan dan bertemu pembaca. (Member aku kata, "Pehh, hipster sangatlah ko, tanak panggil "peminat" as "peminat", panggil "reader".... jawapannya ialah kerana, orang baca buku aku tak semestinya minat aku. Toksah perasan.)
Jadi sebagai seorang seorang penulis, aku suka waktu bertemu pembaca. Bukan sebab aku rasa macam dihargai (okay, fine, ada la rasa sikit, tapi kena tahan, kalau tak jadi riak nanti, rezeki tak berkat), tapi sebab aku suka bila orang datang dan beritahu aku apa yang mereka suka baca dan macam mana certain2 things yang aku tulis tu bagi impact kepada diorang. Tak semestinya diorang suka cerita tu as a whole. Itu tak penting bagi aku. Yang paling penting ialah that certain parts in the book that they took to their heart, that uplift their spirit, or made them realise about things, and all that. Pada aku itu bonus. Itu yang membuatkan ko rasa bersyukur, walaupun buku ko tak laris. Aku rasa itu juga perasaan seorang guru, bila anak muridnya yang dah dewasa datang dan beritahu dia, "Cikgu, saya ingat lagi masa cikgu kata...."
Banyak yang aku cuba perbaiki bila aku di Pesta Buku. Contohnya, kebolehan aku berkomunikasi. Aku sangat suck in communicating with people. I hate small talks like asking "Where you're from?", "What's your occupation?" dan semua2 tu. Kalau ikut diri aku sebenar, I would cut to the chase and ask the big questions, like, "What do you think of death?"... tapi nanti orang ingat aku tak normal pulak, susah.
Tapi ada satu yang paling aku harap aku tak buat: TAK MELAYAN ORANG.
Aku harap aku dapat beri perhatian pada semua orang equally. It's hard, considering we as human being have different brainwaves. Ada yang bila jumpa aku akan terus berbual dengan aku macam kawan. Ada juga yang pandang aku dengan awe, terus pandang aku dengan awe sementara aku sign buku dan lepas tu pandang aku dengan awe sambil mintak nak bergambar sama2. (we all do that sometimes. I never did, but I won't know how I would react if I came across Stephen King).
Tapi senang kata, kalau boleh aku nak berbual dengan semua orang dan dengar pendapat semua orang yang datang jumpa aku.
Tapi 4 Mei lepas, ramaaaai gileeee orang kat PWTC. Nak berbual panjang pun tak dapat sebab ada pada satu2 masa tu, orang datang dengan ramai sangat2. Ada seorang akak ni. Aku ingat nama dia.
Kak Safiah. (atau ejaan nama dia Safiyah kot, yang tu aku tak berapa nak ingat).
Kak Safiah datang minta tandatangan buku. Lepas tu dia beritahu aku yang dia dah baca semua buku-buku yang aku tulis. Tapi entah kenapa, masa tu otak aku blank. Aku ada banyak soalan, Paling suka yang mana? Apa pendapat akak? etc etc etc... Tapi entah kenapa masa tu aku just pandang dia, ucap terima kasih dan went, "Aaaahhh..."
Aku nak sambung tanya soalan, tapi disebabkan bunyi bingit dari bebudak promo kat PA System, aku tak dapat nak sampaikan apa soalan aku. And Zara Amani kat sebelah aku tarik lengan baju aku. Aku pandang si Zara Amani.
"Kak, cepat sign buku!" katanya, menghulur 3 HATI yang dia dah sign pada aku. Depan Zara Amani, ada beberapa orang tengah tunggu aku sign.
Tanpa cakap "excuse me" atau minta Kak Safiah tunggu (sebab otak aku serabut dengan bunyi bingit masa tu), aku terus sign buku tu. Aku ingat nak sambung balik berbual dengan Kak Safiah, tapi pemilik buku 3 HATI yang baru ditandatangan tu mintak ambil gambar. Jadi aku pun akur dan terus bergambar.
Bila aku pusing balik, Kak Safiah dah tak ada. Aku tak sempat pun nak bagi dia button badge 3 HATI.
It's normal that sometimes you are not able to cater to everybody. It is. You can't help it. Most famous writers would not think about that at all, as it would just hinder their other readers. Tapi aku tak boleh lupa the fact that Kak Safiah tu hilang bila aku pusing. Aku yakin dia pun tak kisah dan faham keserabutan aku masa tu, tapi itu tak bermakna aku boleh let that go. I can't let go the fact that a person said something good about my books and I wasn't able to react and didn't get to talk to them properly.
Why can't I let go?
Let me tell you why.
I am the second child. Aku ada kakak dan dua orang adik lelaki. My sister was loved so much because she was the first born ever in our big family. My brother was loved so much because after three girls (my sister, me and my cousin Nana), he was the first boy. My youngest brother was loved so much because he's the youngest in the family, bukan sahaja dalam keluarga aku, tapi sebagai waris keturunan.
As a second born, I was "nothing new". Aku bukanlah nak kata mak dengan bapak aku tak sayang aku, tapi I was a "been there done that". I'm not the eldest, not the first of my sex and not the youngest. I was Malcolm in the Middle. So for all my life, I strive to get noticed. I strive to be noticed in the family and I notice everybody because I know how suck it is when you're invisible to other people. I try my best to please and making sure people don't hate me. Kawan-kawan aku kata aku perlu let go dan aku tak boleh harap semua orang akan jaga hati aku macam aku jaga hati diorang, tapi it's not something that I can control.
Even kat FB pun, aku ambil masa yang lama untuk belajar bahawasanya ada masanya aku tak dapat nak jawab semua PM atau balas semua komen, and kena belajar untuk accept bahawasanya my readers will understand if I didn't, and if they don't, I just have to accept it too.
Bila Kak Safiah pergi dan aku tak sempat nak salam pun, aku rasa macam it's a big deal. I don't want to be that person yang ignore people. I cherish every single people who came to see me when I get to see them, and aku rasa rimas dan tak selesa dalam hati bila aku tak berjaya jadi apa yang aku nak. Walaupun cuma dengan seorang. Walaupun cuma dengan Kak Safiah.
Anyway, kalau Kak Safiah membaca entry blog ni somehow atau ada kenalannya yang membaca entry ni, saya nak kata yang saya minta maaf sebab tak berjaya meluangkan masa berbual dengan akak macam akak luangkan masa membaca tulisan saya, and I hope that we can meet again next time...
The same goes for all my constant readers. I love y'all (baca dengan suara Britney Spears).