Lama sungguh aku tak update blog.
Maafkan aku.
Bukannya aku malas, tapi aku tak sempat.
Banyak benda yang aku tak sempat nak buat.
Aku tak sempat nak update tumblr.
Aku tak ada masa enough nak update Page FB Liza Nur.Nurul Syahida.Zara Amani (which is our official page... yang aku sangka senang sikit kalau bertiga sebab that way boleh pastikan page tu sentiasa aktif... but somehow tak jugak... trust three novelists to actually find something to update!.. yeah, we shud've just hired someone to manage it...)
Malah season terbaru BOARDWALK EMPIRE dah stack up dalam koleksi things that I should watch but have yet to do so.
Lepas hantar AKN2 tempoh hari, aku start pulak menulis SBP2. Lepas SBP2, aku nak sambung manuskrip ILHAM AZIZA (temporary title) yang aku tinggalkan buat sementara. Malah aku berhutang tiga cerita kanak-kanak dengan editor Unit Kanak2 Buku Prima.
Jadi aku mintak maaf banyak-banyak. Aku akan cuba jadi manusia yang lebih pandai menguruskan masa selepas semuanya selesai.
PS: Mak kata inilah puncanya aku tak kahwin2. Ahahahaha. Aku kata, "Mak, jodoh tu kalau dah sampai, duduk lubang cacing pun jumpa bakal suami. Kalau jodoh tu tak sampai, muka cantik macam Miss Universe dengan skil rumah tangga level Martha Stewart pun still single..."