Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Monday, April 6, 2009

Pukul 3 pagi

Akukah yang kalut itu
ketika mencari erti hidup yang sebenarnya
terhanyut dalam impian orang lain
dan terus hilang bersama angan kosong

Akukah si bebal itu
yang fikir dia fahami segalanya
dan cuba lari apabila ribut melanda
dan terus berlari sekalipun hujannya dah reda

Akukah yang tidak faham
bahawa hukum dunia ini sudah termeteri
cuba mencari satu erti
dalam banyak definisi dan interpretasi

Akukah yang lemas itu
dalam lautan yang cuba aku hindari
tanpa pelampung dan tong oksigen
terkapai mencari yang Hakiki

Bukan.
Itu bukan aku.

-Shailaden 0309am-

Friday, April 3, 2009

shetypes

*Edited*

Cuba kau teka warna hatiku
Bukan merah kerana tiada kehangatan di dalamnya
bukan biru kerana aku tidak berduka
bukan kuning kerana aku tidak sakit
bukan putih kerana aku bukan malaikat
bukan hijau kerna aku hanya insan biasa
bukan hitam kerana aku bukan syaitan

Hatiku aku tiada bentuk dan tiada rupa
Hanya ada jiwa

-Shailaden 0340am-