Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Monday, September 12, 2011

WULAN

WULAN dah siap.

Bermakna aku dah boleh start menulis AKN2 dengan tenang. Lepas tulis AKN2, boleh tulis novel baru dan lepas tu nak rehat sekejap. Quality Control, beb (atau bahasa layman-nya, MALAS).

Speaking of WULAN, alhamdulillah ini adalah antara novel paling pantas aku pernah tulis. Itu adalah kerana (haha, "itu adalah kerana") aku bekerjasama dengan orang, jadi tak boleh ikut suka hati mak bapak aku. Rasa pelik jugak, sebab masa mula-mula rancang tu aku takut aku yang tak siap tepat pada masanya. Habislah, aku tak boleh gelar diri Procrastinator Ulung lagi. Liza called this afternoon saying that cuma tinggal beberapa puluh mukasurat je lagi untuk ceritanya siap (codename: MADEMOISELLE) sementara Shikin baru nak start sebab hari tu ada obstacles sikit.

Harapnya dapatlah keluar sebelum Pesta Buku (konon-konon nak keluarkan masa Karnival Karangkraf... harammmm...)

Excerpt:


             “Dia akan dihukum juga nanti.” Itu saja balasan Neal.
            “Tapi saya rasa kalau nak hukum dia, tuang saja asid pada ‘barang’ dia, biar terhakis.” Ujar Wulan lagi.
            “Ah, you’re one of those.” Neal sengih.
            “One of those apa?”
            “Jenis perempuan yang mengancam lelaki dengan ugutan untuk buat sesuatu pada alat kelamin mereka. ‘Aku akan kerat kau punya’, atau ‘aku akan kerat kau punya dan paksa kau telan’, atau ‘aku akan gantung kau punya lepas tu bakar kau hidup-hidup’. Macam tu.” Jelas Neal.
            “Ada experience ke?”
            “Bekas girlfriends.”
            Wulan tidak dapat menghalang dirinya daripada tersenyum mendengar jawapan lelaki itu. Kali ini Neal kenal senyuman itu. Senyuman memerli dan takjub dalam masa yang sama.
            “Kenapa ada S dekat belakang perkataan tu? Banyak nampak?” tanya Wulan.
            “Oh, saya tak suka nak menipu. Saya memang sukakan perempuan.” Balas Neal, sambil mengusap stereng keretanya.
            “Ah, you’re one of those.” Balas Wulan pula. Neal mengiyakan dengan mengangkat sebelah keningnya,

Sunday, September 11, 2011

The Damnation of the One Who Remembers too Much

Here's what my friends seemed to think of as a "gift", that I think more suitably called a "curse". I kept talking about it because it's a nuisance. And I really have to explain myself time and time again because of it - because everytime I said something like "I remember when..." and it's a bad memory, people looked at me like I am that crazy woman who can't leave her past.

You see (again)...

I don't forget.

Sure, I don't remember facts exactly and I have no photographic memory or those kind of things. But do you know all those time when you forgot to pray, or forgot that it's already Ramadhan, or forgot birthdays? Nope, I don't. Never once in my life have I ever get that pleasure of eating in the morning because I forgot that it's Ramadhan (as you can see, if you forgot it, you are forgiven for it, as long as you stop as soon as you remembered). Never once did I skipped zohor and straight to asar not remembering that I have not prayed yet. Once, it was like 3 minutes to maghrib's call to prayer that my mind suddenly clicks, "I haven't done my asar yet." Yes, that way if I didn't pray, I have no other excuse except that I am just an asshole.

The thing about remembering stories is that it sucks when it comes to those things you wish you forget. So when people say "forgive and forget" and I say I don't forget, mostly it's not because I am keeping a string of vendetta against people. It's just I am not equipped of that pleasure of forgetting. Pretending that I have forgotten, THAT I am good at.

Mun said that the rate of my remembering things is close to creepy. But here's the thing about things I remember. I remember because it has a story.

Take the road for example. Like I said, I am so very good at remembering the past and old memories, but not so much of details. Which makes me bad at giving directions. I can go to any place three or four times and I will still have issues trying to explain it to people. But weirdly enough I always remember the ones that you should not use. I mean, once Nad and I was on the road to Mun's house. I can't remember the way but as soon as Nad turned to this one junction, I knew it was the wrong one not because I knew the place, but because three years ago, Ann made the same mistake of using that road. Tim once asked why the hell I remember the wrong road but not the right way.

Well, it's simple. The right way has no story. The wrong one has a lot. If you can go from point A to point B without missing any junctions, it is a very straightforward no nonsense drive. But once you are lost, you will have that "WTF" moments. I don't remember street names and junctions. I remember all those WTF moments which led me to remember that here is the place where WTF moment number one or WTF number five happened, so it IS the wrong road. For example, I know that Nad took the wrong turn because I saw a bridal shop on my left. Three years back, when Ann made the same turnat the bridal shop, she was half hysterical half regretting and kept saying "Koraaaang, sorrryyyyy" time and time again that we all went WTF and laughed.

So in conclusion, I remember stories. I remember things that have stories. Things with stories are what we called memories. And if things I want to forget is a part of a story, I will never be able to forget them. That explained why I remembered people's birthday without a facebook reminder, or what was on the table at a friend's wedding reception, or that the father of my old friend in primary school Salhafizah's is spelled YAACOB and not YAAKOB.

I need a psychiatrist. Please find me one.  

Sunday, September 4, 2011

Photographs of the Present's Past

Ini tahun kedua aku masukkan gambar dalam blog dan bukan FB. Bukannya apa, kakak aku dah upload gambar yang sama dalam FB tu, jadi macam tak syok nak post gambar berkali-kali. Aku ada rancangan untuk buat album "Sebelum Selepas" sebenarnya - tapi sebab gambar tu dah pun masuk FB, jadi cam agak pointless nak teruskan hajat tu. Ada benda-benda yang aku snap, aku sorang je yang paham kenapa aku snap. Like I said, I am the kind of person who makes caption inside my head first before I snap a picture. The picture is not really important. I am no photographer. I am a storyteller. Photographers use photos to tell a story. I use a story to tell a photo. Get it? Jadi ini adalah gambar benda-benda yang aku snap yang aku saja paham kenapa:

Lemang. Mungkin benda lain boleh dilepaskan, tetapi janganlah cuba beritahu Uwan aku "Tahun ni tak payah buat lemanglah ye...", memang nak kena marah dengan uwan la tu namanya. That is like telling Picasso, "Tak payahlah melukis lagi."

What's with the shoes? Seorang budak umur 6 tahun yang sibuk nak pakai kasut dia jugak sebab tengok kakak sedara dia pakai kasut baru. Seorang kakak sedara yang tak akan cuba pun beli kasut Carlo Rino if not for a fact that it has 20% discount tag on it. Itu pun aku masih anggap expensive. I don't step on money, so why should I wear money on my feet?

Bila anda lahir sebagai wanita Minangkabau, anda bekerja keras untuk menyiapkan makanan untuk tetamu

Kalau anda lelaki Minangkabau, anda lepak je depan TV tengok MAHARAJA LAWAK Raya... nope, that's not just Minangkabauians. That's men as a gender in whole.

Rumah ni tak penting. Yang penting adalah apa yang ada di belakangnya. Sungai. Kalau orang tanya apa yang special kat kampung aku, aku memang tak ada jawapan lain selain daripada sungai.

Bunga api zaman sekarang sangat pathetic. Bunga api pelangi tu dahla tak keluarkan warna lagi, kecik, kontot, pastu baru tiga kali pusing dah habis dah isik dia. And asik keluarkan sparks of fire. I mean, dulu zaman aku kecik2, kalau main bunga api tak pernah pulak kulit aku melecur. Ini tak. Api keluar merecik-recik macam sparks gunung berapi pastu kena kat tangan sakit wohhh.... kesian bebudak zaman sekarang. Dapat bunga api pathetic.

Melawat atuk. Bersihkan tempatnya. Bacakan yasin dan doa untuk dia.  We love you and miss you much, atuk. Al-Fatihah.

Masa aku jumpa aiskrim ni aku gelak sensorang. Dulu kat sekolah rendah, aiskrim ni harga 20 sen. Kalau tak ada aiskrim ni, mesti beli aiskrim BINTANG yang harga seposen. Sekarang harga aiskrim ni 60sen dan hanya boleh dijumpai di kedai2 kampung macam Kedai Gomok.

Kedai Gomok. Gomok adalah seorang tauke kedai berbangsa Cina yang berbadan Gemuk. Adakah dia marah orang panggil dia "Gomok"? Dia lagi suka, sebab it means his store is famous around Sri Menanti. Everybody knows Gomok. And you can find almost all snacks yang korang suka masa korang kanak2 dulu dan tak lagi jumpa kat bandar tu ada dijual kat kedai dia. So selain daripada sebuah kedai kampung, aku sentiasa anggap Kedai Gomok macam muzium makanan ringan zaman kanak-kanak aku. When most stores ditutup musim raya, Gomok sentiasa bukak kedai untuk jual ais.

Hantu dalam kamera. Aku tengah masukkan kamera dalam beg dan tiba-tiba kamera tu snap sendiri. Bila aku check masa nak masukkan dalam laptop, jumpa gambar ni. Sekali pandang macam ada hantu Ju-On kan? Aku anggapkan jela hantu JuOn umah aku ikut balik kampung. Hahahaha.

The car has a VIP sticker on it dan convoy tiga buah kereta sekali. Tapi aku bukan tertanya-tanya tentang itu. Aku cuma rasa aneh tengok diorang siap berhenti kejap untuk amik gambar kerbau sampai buat jalan jadi slow kejap. Kitorang duk teka it's Nasa dan bini barunya Marion Caunter itu (they say dia org Pilah) while my cousin was hoping it was Tengku Ali of Negeri Sembilan sebab Yamtuan Besar dulu grow up di kampung kitorang. Tapi entahlah, tak tahu siapa, yang penting sangat jakun pada kerbau, okay...

Aku duk gelakkan ayam ni sebab kena berteduh bawah tu bila hujan. Sebenranya gambar ni masa tengah hujan gerimis. Cuma camera aku tak capture the droplets. Nampak tak ayam jantan yang basah dan kesejukan kat luar tu, macam mat rempit bawah jambatan time ribut. Hahahaha.

My brother's cynical attempt dalam menyindir group2 male idol Korea yang suka nak ambil gambar konon comel.

Selamat Hari Raya from me and my happy emak.

Kucing aku si Phibun belum balik lagi. Tak tau mana dia merayau. Agaknya tengok kitorang tak ada kat rumah, dia pun pergi bermusafir di Aidil Fitri.

Saturday, August 27, 2011

My Raya List

1. Dua helai baju kurung baru
Kena tanya kat Mun (ibu tunggal sans anak or even a husband to begin with) dah siap ke belum

2. Sofa
Nak kene tunggu petang esok baru sampai.

3. Encik Acer repair
Encik technician kata lepas raya sebab delivery guy dah cuti raya. Demmit. Aku tak ada kad raya specialised sbb kau, encik penghantar. Thanks. Such a sport.

4. Kuih raya
Gua malas tahun ni. Tahun ni kuih raya semua buat sendiri dengan cara menuding jari dan membayar wang. Bukan wang aku.

5. Kasut raya
Seorang kuli dapur jarang sekali pergi berziarah ke rumah orang lain di hari raya. Kasut adalah tak penting.

6. Tudung raya
Ah, takde makna. Pakai je apa yang ada.

7. Duit raya
Karangkraf bagi sampul free so hell yeah, I got sampul raya yang exclusive sikit drpd sth you get from GIANT atau bank.

9. Novel
Baru siap separuh.

10. Semangat raya
I never had one anyway.

Wednesday, August 24, 2011

The thing about Ye De Di Qi Zhang

Ini adalah kisah lagu Jay Chou yang bertajuk "Twilight's Chapter 7".

Tak payahlah baca beria-ia sangat. Mukadimah je lebih. Ceritanya tak ada apa pun. Aku cuma nak cakap yang setelah bertahun-tahun menggunakan lagu ini sebagai ringtone, akhirnya aku tukar.

Ada dua saja fanclub yang aku pernah join selama aku hidup. Kelab Sahabat M.Nasir dan MyJaysians. Masa tu Jay Chou memang sangat popular, tapi dbukan di kalangan orang melayu. Dia belum jadi pelakon atau mengarah filem, atau berlakon filem Hollywood yang sangat tak best. Masa tu kalau sebut nama Jay Chou, kebanyakan member2 cam "Heh, siapa?". Kalau korang pi website MJS dan tengok senarai member dulu, cuma ada tiga member melayu masa tu. Aku member ketiga dan nombor keahlian aku ialah 91. Hahaha.

Tapi aku selalu dilanda masalah bila menggunakan ringtone lagu ni pada era di mana Jay Chou bukan household name. Contohnya, ada sekali tu aku lupa silent-kan fon masa tengah consult Dr. Ataul Huq, orang tua dari Bangladesh tu hampir sakit jantung bila tiba2 telefon aku berbunyik keluar lagu cina. Hahahaha. masa aku nak trade in phone untuk beli phone Nokia Alien aku, ahmui yang jual kat aku tu periksa telefon lama aku dan pandang aku dengan muka syak wasangka apabila ringtone pertama aku ialah lagu Twilight Chapter 7, lagu kedua ialah lagu Jolin Tsai "Bu La Ge Guang Chang" dan lagu ketiga aku ialah lagu "Ye Ye Pao De Cha". Ahmui tu pergi ke kaunter lagi satu dan berbisik-bisik dengan seorang lengchai/lalachai (bergantung pada pandangan korang. kalau korang suka fashion rambut oren senget2 tutup sebelah mata tu, mungkin dia lengchai. Pada aku yang rasa fesyen tu bodo, dia seorang lala). Dia duk bisik2 dan lepas tu tunjuk pada aku.

Tapi akhirnya dia jual jugak handphone alien tu dekat aku. Balik je rumah dan aku duk main2 phone tu, baru aku sedar ada gambar perempuan bertudung kat taman tema dalam one of the folders yang agak tersembunyi. Dari situ aku sedar, dalam dia pandang aku seolah2 aku telah mencuri telefon bimbit dari seorang peminat Jay Chou untuk ditrade-in, sebenarnya diorang yang jual aku telefon trade-in/curik.

Aku memang tak maafkan ahmui dan jantan lala tu sampai sekarang.

Ya, cerita ni tak ada kena-mengena dengan lagu ni pon. Tapi bselepas bertahun-tahun aku meninggalkan era obses Jay Chou (album terakhir yang aku beli ialah "November Chopin". Jay Chou fans would know which one is that), dan bila aku terbaca news tentang Jay Chou teringin nak jadi seorang bapa sebelum berumur 40 tahun (heh, 6 tahun lepas, masa aku baca artikel fasal dia, dia kata "before 35". Ni dah tambah lagi lima tahun? Dasar....), tiba-tiba aku teringat saat aku disangka pencuri tapi rupanya aku yang ditipu.



Monday, August 22, 2011

Encik Acer

Laptop ACER aku rosak.

Which means seluruh jadual kerja aku disrupted. 

Aku memang insan yang buat kerja dengan messy sebelum ni. Tapi sejak aku ambil banyak projek, aku hidup berjadual dan menyedari betapa annoying-nya bila sometimes kena deal dengan orang yang tak ada sistem. Ia juga bermakna kalau ada satu benda yang rosak, ia mengganggu pergerakan jadual kerja aku. Benda agak trivial sebenarnya, tapi aku still rasa annoyed.

Disebabkan aku cuma ada 2 free weeks daripada kerja translation, aku dah set the first week for scanning (which aku guna ACER sebab printer/scanner aku versi lama yang tak boleh di-read dek VAIO), while the second week - minggu raya - adalah untuk kerja menulis novel (which aku guna VAIO sebab keypad dia jarang2 dan skrin lebar, syok wooo kalau nak menulis novel, selain daripada main Left4Dead2.... takdela, mana ada aku main game tu. Aku kewanitaan, do). 

Ha? Apa? Jadual untuk cuti raya? Takde. Tahun ni aku raya sampai pukul 1 tengah hari di raya pertama je. Selebihnya aku kerja. Oh, sila ingatkan aku untuk guna free passes TGV aku sebab benda tu expire 31 Ogos. Aku tatau apa jela citer bodo kat wayang raya ni....

Oh, back kepada cerita yang aku je excited cerita tapi takda sape pedulik ni, aku baru nak buat kerja scanning bila tetibe aku mendapati ACER tak  menyala. Mengamuk kot. Aku cuma tinggal 5 buah album je lagi sebelum free from scanning work, tapi laptop plak buat perangai. Tak boleh nak guna VAIO untuk kerja scanning sebab VAIO tak support version printer yg dah buruk tu. Nak repair ACER alang kepalang pulak, memandangkan sebenarnya aku dah tak guna lagi laptop tu.

Lepas mengamuk selama 5 minit, aku putuskan untuk hantar repair jela. Kenapa? Sebab ada banyak document dalam ACER. Ada manuskrip asal AKN dan Plain Jane dalam tu, ada banyak gambar yang aku tak sempat nak pindahkan ke VAIO lagi, ada banyak lagu yang aku for sure tak akan carik semula. ACER was my life. I have 3 years worth of life inside the laptop. So I am repairing it just for the sake of those memories.

Tapi kalau kena reformat balik, aku trade in jela menatang tu untuk beli printer baru. Jadi kalau dia rasa dia tak nak di-trade in, lebih baik dia jangan buat perangai mengarut dan hanya mengalami masalah pin charge je seperti yang dikatakan oleh minah kedai repair tu. Kalau dia nak buat masalah dalaman yang makan lima enam ratus, memang aku tinggalkan je dia kat kedai tu.

Kau dengar tak, Encik Acer? Kau dengar tak ugutan aku ni?

Thursday, August 18, 2011

Regrets

Here is what some people don't seem to understand.

When writers write "Novel dah masuk cetakan kedua" or "Interview di majalah X" or "Watch me on TV ABC", it is NOT, let me emphasise it again, N-O-T some sort of show-off. As a writer, you are in constant need to promote your book. Every single thing you write on your blog or your facebook status is some sort of a promotion so people would read your book. Any excerpts written is to tell readers what is in store for them next year or the year after. Any scanned article about your book is to advertise your work to public. Every exaggerated statuses on Facebook is a form of duty to entertain readers and know them.

Somehow, some of my friends seemed to not understand that. I am Syahida, the person who used to be that girl who is just a so-so, who now is trying hard to seek popularity and crave attention with her words and her constant need to tell people how good her books are.

This blog, and my NSK facebook is more or less my medium to talk to readers and share with them things that they are used to when they read my book. It is NOT a place for you to throw your personal vendetta against me, or criticise my readers, or talk about things I consider private. You should not share where I live, my personal relationships, and most of all, be an asshole on my page.

I have to say this. I am sorry, but I hate it when people are rude to my readers. 

Monday, August 15, 2011

Teacher Shai: Naurah's first lesson about the real "Hantu"


Naurah got her first lesson from yours truly about ghosts. Real ones. Look, everybody can teach kids ABC and 123. But only "Auntie Shai" teach you the facts of life. Hahahahahaha.

Do not worry. As far as Naurah is concerned, she thought I was talking about real ghosts in my neighbourhood.

Sunday, August 14, 2011

Jerut, cerut dan carut

Aku moody apabila:

1. Jadual aku disrupted
2. Orang buat aku menunggu-nunggu
3. Kerja aku berlambak tapi orang asyik desak aku macam aku ada masa yang sangat banyak di dunia ni
4. Aku terpaksa menghubungi orang yang sepatutnya menghubungi aku *ini kepantangan nombor satu*
5. Mangkuk2 ayun nak buat lawak bangang kat Facebook aku apatah lagi masa aku tengah stress dan hanya nak luahkan kat FB
6. Laptop aku buat hal masa kerja aku stacking
7. Aku memudahkan kerja orang dengan menyusahkan diri aku, tapi in the end orang cuma makin menyusahkan hidup aku
8. Orang masuk campur hal peribadi aku
9. Orang masuk campur hal peribadi aku
10. Orang masuk campur hal peribadi aku

Minggu lepas hidup aku penuh dengan sepuluh perkara di atas. Minggu ni kalau ada lagi antara di atas berlaku, aku memang sacrifice-kan kenikmatan Ramadhan dengan mencarut di FB/email/telefon orang2 berkenaan.


Tuesday, August 9, 2011

Excerptravaganza

...................seperti seorang tukang masak yang meratah kambing yang telah dipanggangnya selama sejam.
                        Itu bukan analogi yang sopan.
                        Malah dia tidak dapat menyembunyikan wajah seorang wanita yang sudah jatuh cinta apabila Ting mula menanyakan siapa gerangannya yang telah memecah masuk ke dalam hatinya.
                        “Pecah masuk?” Wulan kerut dahi.
                        “Ya. Istilah ‘mencuri hati’ sangat tak sesuai untuk you, sebab kalau you tengok diri you dalam cermin sekarang, dengan blush kat pipi you tu dan your constant sighing, I rasa lebih sesuai dikatakan ada orang dah tendang pintu hati you, masuk ke dalam, bergusti dengan hati you dan masukkan dalam iron vault sebelum dibawa keluar menggunakan helikopter.”
                        Wulan ketawa.
                        “You ni banyak sangat tengok heist movies la, Ting.” Itu sahaja yang boleh dia katakan. Namun begitu, dia tetap tidak memberitahu Ting, insan yang paling rapat dengannya di pejabat itu tentang Neal. Tidak, sekalipun Ting mengugutnya. Dia tidak akan memberitahu sesiapa bahawa dia telah jatuh cinta kepada Neal. Itu perkara gila. Siapa mahu mengaku dia jatuh cinta dengan lelaki sedemikian? Itu sama saja seperti mengakui bahawa anda tidak tahu bahawa EPF dan KWSP adalah dua perkara yang sama. Maksudnya? Ia perkara bodoh.
                        Dua perkara yang tidak patut dilakukan oleh seorang wanita ialah makan selepas jam 10 malam, dan jatuh cinta dengan lelaki buaya.
                        Wulan melakukan kedua-duanya malam itu apabila dia menikmati burger Ramly sambil berbual di telefon dengan Neal.



Hehehehe.... wanna read more?

Dude, I wanna WRITE more. But can't right now. Too many things to do, so little time. And still have to wait for Zara Amani and Liza Nur. This is the trio project. At first I wanted to try writing a sad story or something much more melancholic... but nope. I should be as sarcastic, as sardonic and as facetiousness as possible before I hit the big three oh in two years time. Then you can meet the mellow me, eyh?